Kajian terhadap prestasi terma bagi ruang atrium di dalam Hotel Regent, Singapura /

Atrium, sebagai rekabentuk yang dianggap mempunyai daya penarik yang kuat untuk sesebuah bangunan, kini telah menjadi semakin popular dan berkembang dengan pesat, idea ini telah tersebar luas dan menjadi kegemaran para akitek khasnya untuk pembangunan komersial kerana ruang atrium bukan saja memaink...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 339850 Leong, Pik Shia
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Atrium, sebagai rekabentuk yang dianggap mempunyai daya penarik yang kuat untuk sesebuah bangunan, kini telah menjadi semakin popular dan berkembang dengan pesat, idea ini telah tersebar luas dan menjadi kegemaran para akitek khasnya untuk pembangunan komersial kerana ruang atrium bukan saja memainkan peranan sebagai tempat tumpuan aktiviti dan kehidupan sosial di kawasan bandar, bahkan ruang yang dihasilkan adalah menarik, bertenaga (energetic) dan dinamik. Negara kita Malaysia dan Singapura juga tidak terkecuali dan terikut-ikut dengan trend ini sejak pertengahan tahun 70an lagi. Namun, adalah didapati bahawa kebanyakan atrium di kedua-dua negara tropika yang beriklim panaslembap ini adalah kurang mempertimbangkan dari segi terma di mana kebanyakannya adalah ketelusan (transparent) tanpa penggunaan pengadang ataupun cuma pada tahap yang minima. Justeru itu, ruang-ruang atrium tersebut terdedah kepada pancaran matahari secara terus dan menyebabkan kepanansan berlebihan dalam ruang. Ini mengakibatkan kos tenaga yang tinggi diperlukan untuk menampung tenaga penyejukan hawa dingin supaya mencapai keselesaan terma yang dingin. Masalah ini juga menyekat kemungkinan bangunan itu dari mencapai senibina atrium yang berkualiti tinggi di kawasan tropika tersebut. Fenomena ini sebenarnya telah hilang dari fungsi asal atrium dicipta sebagai ruang untuk mengubahsuaikan cuaca supaya dapat menyediakan suasana yang lebih selesa dan jimat tenaga. Pembangunan baru bangunan atrium telah menunjukkan bahawa pembaikan terhadap prestasi terma dalam ruang atrium di kawasan tropika adalah diperlukan. Lantaran itu, kajian untuk menyiasat prestasi terma dari pelbagai jenis bangunan beratrium di rantau ini yang beriklim panas lembap adalah mustahak. Adalah dijangka bahawa prestasi terma di pusat membeli-belah,pejabat dan hotel adalah berbeza antara satu sama lain. Waktu operasi dan kegunaan bangunan-bangunan tersebut adalah berlainan di mana hotel merupakan bangunan yang dioperasikan selama 24 jam. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui prestasi terma sebenar di dalam ruang atrium hotel di negara tropika ini serta mengenal-pasti kesan terhadap penggunaan ruagn di dalam atriumnya. Dengan itu, kemungkinan-kemungkinan kawalan terma dan tenaga untuk ruang atrium di hotel dapat dikenal-pastikan dan digunakan kesuatu tahap yang tertentu semasa merekabentuk ruang atrium nanti. Dalam kajian ini, aspek terma dalam bangunan atrium akan dipertekankan dan kawasan kajian akan merangkumi : 1) Pengenalan terhadap atrium, definasi dan perkembangan sejarahnya. ii) Rekabentuk ruang atrium dari segi fungsi dan kegunaannya serta perkembangan hotel atrium di Malaysia dan Singapura. iii) Atrium dari segi prestasi terma untuk negara tropika yang beriklim panas dan lembap. iv) Kajian kes terhadap prestasi terma sebenar di dalam ruang atrium di Hotel Regent, Singapura. v) Analisa-analisa dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki prestasi terma bangunan kajian kes. vi) Kesimpulan.