總結: | 1.01 PERKENALKAN BIDANG : Pencahayaan merupakan satu faktor yang penting dalam rekabentuk akuarium, apabila habitat hidupan dan tumbuhan laut dibawa danditempatkan di dalam lautan buatan iaitu akuarium yang jauh bezanya dari segi luas dan kedalaman berbanding dengan alam habitat semulajadi. Tenaga cahaya matahari yang menyinar sangat diperlukan oleh semua hidupan laut dan ia merupakan keperluan tenaga utama untuk tumbuhan-tumbuhan laut dalam proses fotosintesis. Pergerakan air di dunia ini bergantung pada peredaran matahari, ia menyebabkan air mengelewap dan apabila angin tiup, titisan wap air yang terkumpul sksn dibawa ke bumi dan menjadi air hujan. Perolakan berlaku. (Gambar 1.1) Sumber pencahayaan semulajadi iaitu matahari yang membantu hidupan dan tumbuhan laut terus hidup perlu dipindahkan ke akuarium bilamana hidupan-hidupan laut tersebut dipindahkan dari habitat semulajadinya. Tanpa penahayaan, tiada proses fotosintesis, flora laut tidak dapat hidup dan pembiakan tidak dapat berlaku. (Gambar 1.2).
|