Analisa penggunaan perisian PC arc/info (GIS) dalam kerja-kerja rekabentuk peta /

Sistem maklumat geografi telah menjadi topik hangat yang sering diperkatakansebagai salah satu sistem yang canggih dalam bidang teknologi maklumat. Berbagai jenis sistem dan perisian telah dihasilkan dan boleh diperolehi dalam pasaran masa kini. Antara perisian yang telah dihasilkan dan digunakan me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 334928 Norhisham Salleh
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Sistem maklumat geografi telah menjadi topik hangat yang sering diperkatakansebagai salah satu sistem yang canggih dalam bidang teknologi maklumat. Berbagai jenis sistem dan perisian telah dihasilkan dan boleh diperolehi dalam pasaran masa kini. Antara perisian yang telah dihasilkan dan digunakan meluas ialah PC ARC/INFO yang berkemampuan menghasilkan peta sebagai hasil outputnya. Walau bagaimanapun sejauh mana keberkesanan perisian ini dalam kerja-kerja rekabentuk peta berdasarkan konsep kartografi masih menjadi tanda tanya. Di sini, kajian mengenai kemampuan serta keberkesanan perisian ini telah dibuat berdasarkan pada proses rekabentuk peta hinggalah ke peringkat pengeluaran. Sebagai hasil kajian, dua peta tematik telah dihasilkan. Peta pertama bertajuk "Taman-taman perumahan di Johor Bahru" dengan skala 1 : 200 000 sebagai peta asas manakala satu peta lagi merupakan peta contoh bagi Taman perling. Maklumat-maklumat umum mengenai taman perumahan ini telah ditunjukkan menggunakan gabungan antara Sistem Maklumat Geografi dengan konsep pemetaan menggunakan perisian PC ARC/INFO. Analisis yang dijalankan dibuat secara terperinchi tentang kemampuan serta had yang ada bagi sistem ini dalam merekabentuk peta tematik.