Kajian terhadap ruang kerja-kerja penyelenggaraan untuk beberapa mekanisma kemudahan bangunan bagi sesebuah hospital di Malaysia /

1. Sinopsis : Kajian ini adalah pendekatan terhadap konsep keselesaan ruang kerja penyelenggaraan kemudahan bangunan untuk sesebuah hospital. Setakat ini beberapa pertimbangan yang telah diberikan kepada penyediaan ruang penyelaenggaraan boleh dibahagikan kepada : a. Jenis kemudahan bangunan untuk d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 288408 Marsoh, Neil Bakry
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1991
Subjects:
Description
Summary:1. Sinopsis : Kajian ini adalah pendekatan terhadap konsep keselesaan ruang kerja penyelenggaraan kemudahan bangunan untuk sesebuah hospital. Setakat ini beberapa pertimbangan yang telah diberikan kepada penyediaan ruang penyelaenggaraan boleh dibahagikan kepada : a. Jenis kemudahan bangunan untuk ditempatkan, (b) Perletakan optimum dengan mengambil perhatian terhadap cara agihan dan kesan terhadap penempatan kemudahan bangunan yang lain. (c) saiz optimum, (d) beban lantai termasuk jenis kemudahan dan kerja pemasangan (e) keluasan ruang dan jarak ruang laluan untuk pemasangan dan pembaharuan, (f) Keluasan ruang dan jarak ruang laluan yang sesuai serta selamat semasa kerja penyelenggaraan, (g) pencahayaan yang sesuai (h) Pencegahan kebakaran (i) Keperluan keselamatan dengan adanya pamparan undang-undang keselamatan bomba dan cara-cara menyelamatkan diri serta penyediaan alat-alat keselamatan dan kemasan yang boleh membasmi kemalangan seperti alas getah, pada lantai sebagai penebat letrik, (j) Penebatan ruang untuk kemudahan yang menyebabkan bising. (k) Penebatan haba. (l) Ketinggian minima. (m) Kemasan lantai. (n) Laluan udara. (o) Sistem pembuangan air lantai, (Hospital Tech. Memorandum, p. 2) Tumpuan pertimbangan di atas ini adalah di ruang atau bilik loji di mana pengawasan dan penyelenggaraan kerap dibuat. Skop kajian adalah dihadkan kepada pertimbangan keluasan ruang dan ruang laluan yang sesuai dan selamat semasa kerja penyelenggaraan. Kajian ini akan ditumpukan kepada dua jenis kemudahan bangunan sesebuah hospital tertakluk kepada kekerapan penyelenggaraan dan risiko bahaya yang dihadapi. Dua jenis kemudahan bangunan yang telah dikenalpasti adalah : (a). Sistem hawa dingin jenis kemas-siap (b)kemudahan alat 'autoclave'. Kedua-dua jenis kemudahan bangunan ini akan dikaji berdasarkan kepada tiga aspek yang mempengaruhi keadaan ruang keselamataniaitu : (a) Cara kerja penyelenggaraan (b) Lokasi kemudahan bangunan dan (c)Penyediaan ruang yang lebih sesuai.