Pelarasan jaringan 'motorized levelling' dengan mengambil kira pembetulan ketinggian orthometrik /

Penulisan ini merupakan satu kajian terhadap pelarasan jaringan bagi data-data cerapan Motorized Levellinh atau ukur aras jitu berkenderaan dengan mengambil kira pembetulan ketinggian orthometrik. Kajian dijalankan menggunakan satu loop laluan ukur aras jitu berkenderaan dari Pelabuhan Kelang (Selan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 344753 Puasa Burut
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Penulisan ini merupakan satu kajian terhadap pelarasan jaringan bagi data-data cerapan Motorized Levellinh atau ukur aras jitu berkenderaan dengan mengambil kira pembetulan ketinggian orthometrik. Kajian dijalankan menggunakan satu loop laluan ukur aras jitu berkenderaan dari Pelabuhan Kelang (Selangor)ke Tanjung Keling (Melaka). Pengukuran dilaksanakan oleh bahagian Topografi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan bantuan pakar-pakar dari Sweden. Tujuan utama penulisan ini ialah untuk menentukan ketinggian batu-batu aras baru di sepanjang laluan tersebut. Kaedah yang digunakan ialah menghitung ketinggian orthometrik dan seterusnya membuat hitungan pelarasan kuasadua terkecil dengan menggunakan teknik satu dimensi. Hasil dari penghitungan menunjukkan bahawa nilai pembetulan ketinggian orthometrik adalah terlalu kecil (kurang dari 1 mm) dan ketepatan yang diperolehi bagi penentuan ketinggian batu-batu aras baru berkenaan adalah memenuhi keperluan order pertama.