Summary: | 1.0. Pengenalan : Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkembagan pembangunan di masa dahulu adalah tidak sepesat hari ini. Kini akibat daripada pembangunan yang pesat iklim mikro di kawasan perbandaran telah turut berubah. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti bayang yang dikenakan oleh bangunan diatas jalanraya, perubahan kelajuan angin, penyerapan cahaya matahari oleh bangunan dan sebagainya. Oleh yang demikian dengan pertambahanbangunan maka masalah untuk menwujudkan satu kawasan yang selesa di luaran. Bangunan telah semakin bertambah penting dan ketara. 1.2. Kepentingan Kajian : Kajian ini adalah untuk mengenalpasti corak terima di Kawasan Pusat Perdagangan khasnya di sepanjang Jalan Wong Ah Fook. Selepas dikenalpasti akan corak terma ini, maka indek PMV untuk Jalan Wong Ah Fook ini boleh dijadikan sebagai satu alat untuk kegunaan perancangan dan rekabentuk kawasan luaran bangunan di sepanjang jalan tersebut. 1.3. Objektif : a. Untuk menrakamkan tahap keselesaan persekitaran di luaran bangunan dengan menggunakan indek PMV. b. Untuk mengkaji sama ada keadaan fizikal di bangunan dan jalan mempengaruhi iklim mikro. c. Untuk memberi pemerhatian kepada reaksi manusiaterhadap tempat dan iklim mikro persekitaraan. d. Untuk membuat perbandingan di antara pengukuran secara langsung PMV dengan pengiraan PMV dengan penggunaan komputer. 1.4. Latar Belakang Masalah : Untuk merekabentuk satu kawsan di luaran bangunan maka adalah penting untuk mengenalpasti keadaan keselesaan atau keselesaan terma yang sedia ada dikawsan itu. Tetapi sampai ke hari ini tidak terdapat sebarang kajian dijalankan untuk menentukan keselesaan terma di persekitaraan Johor Bahru, khasnya Jalan Wong Fook. Oleh yang demikian, didapati bahawa kebanyakan orang di persekitaraan bandar meluangkan lebih banyak masa didalam kompleks membeli-bela yang berhawa dingin daripada di luaran bangunan. Seperkara lagi adalah kerana kawasan di persekitaraan luaran bangunan tidak dapat memberi keadaan yang selesa, lebih-lebih lagi iklim Malaysia yang panas dan lembap di waktu siang. Ini menunjukkan bahawa masalah untuk merekabentuk man merancang kawasan luaran bangunan telah menjadi semakin ketara.
|