סיכום: | Bandar Muar merupakan pusat membelibelah bagi penduduk-penduduk daerahnya. Daripada kajian didapati terdapat beberapa masalh di kawasan pusat membelibelah itu. Antaranya ialah (i) Majoriti (lebih daripada 50%) bangunan kedainya adalah bangunan buruk-burk. (ii) Terdapat nya lebihan kawasan ruang perniagaan berbanding dengan permintaan keatasnya (iii) penggunaan jalan-jalan di tengah-tengah kawasan pusat membelibelahnya (jalan utama) sebagai 'by-pass'. Masalah-masalah seumpama ini dapat diatasi dengan menjalankan aktiviti pembaharuan semula kawasan pusat membelibelah tersebut.. Melalui aktiviti ini bangunan-bangunan buruk dapat digantikan dengan bangunan baru, ruang bagi aktiviti perniagaan dapat diperseimbangkan dengan permintaan dan masalah by-pass dapat diatasi dengan menjadikan jalan dipinggir kawasan pusat membelibelah berkenaan sebagai jalan utama. Selain daripada untuk mengatasi masalah-masalah tersebut aktiviti pembaharuan semula kawasan tersebut, akan juga dapat menjadikan kawasan berkenaan lebih menarik, selamat dan selesa untuk pengunjung. Dengan terlaksananya aktiviti ini nanti pusat membelibelah yang dirancangkan akan dapat berfungsi sepenuhnya dari segi fizikal, ekonomi dan sosial.
|