Sistem cukai tanah di Daerah Melaka Tengah /

Penyediaan dissertasi ini bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai sistem Cukai Tanah yang dijalankan oleh Pejabat Tanah di daerah Melaka Tengah. Untuk memudahkan pemerhatian, analisa akan dipecahkan kepada tiga aspek yang utama iaitu sistem yang terlibat, masalah-masalah yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 226187 Anuar Yaacob
Format:
Published: 1984
Subjects:
Description
Summary:Penyediaan dissertasi ini bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai sistem Cukai Tanah yang dijalankan oleh Pejabat Tanah di daerah Melaka Tengah. Untuk memudahkan pemerhatian, analisa akan dipecahkan kepada tiga aspek yang utama iaitu sistem yang terlibat, masalah-masalah yang mengesaninya dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Aspek pertama yang dibincangkan ialah tentang sistem Cukai Tanah itu sendiri. Ini melibatkan hal-hal seperti latar belakang, bentuk dan corak pentadbiran, aturcara dan rekod-rekod yang terlibat dalam kutipan hasil Cukai Tanah serta undang-undang yang berkaitan. Cukai Tanah sebagai salah satu sumber hasil yang utama kepada Kerajaan Negeri menyumbangkan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Disebabkan oleh kepentingan ini, ia perlulah ditadbir dengan kemas dan teratur. Bagaimanapun terdapat beberapa masalah dan kekurangan yang mengganggu kecekapan dan keberkesanan sistem Cukai Tanah. Masalah-masalah ini samada secara langsung atau tidak telah menyebabkan perjalanan sistem Cukai Tanah menjadi pincang. Persoalan ini merupakan aspek kedua yang dibincangkan dalam dissertasi ini. Aspek terakhir diberikan dalam bab penutup di mana penulis ada memberi ulasan dan pandangan sebagai cadangan dan kesimpulan dalam memperbaiki dan melicinkan perjalanan Sistem Cukai Tanah. Apa yang perlu ditekankan disini ialah perubahan sikap serta kesedaran dari semua pihak yang terlibat di dalam menggerakkan sistem Cukai Tanah itu untuk memberikan sokongan sepenuhnya bagi mempastikan kejayaan sistem berkenaan.