Summary: | Tingkat rasionaliti sesuatu keputusan perancangan adalah bergantung kepada sejauhmana unsur-unsur sabjektif dapat dikurangkan dalam proses penyediaan pelan yang sebenarnya. Peningkatan rasionaliti memerlukan penggunaan teknik yang sesuai pada peringkat tertentu dalam proses perancangan. Analisa threshold merupakan satu teknik yang dapat menambah objektiviti dan seterusnya meningkatkan rasionaliti perancangan melalui element kuantitatif. Di samping fungsinya sebagai teknik analisa fizikal, hasil daripada analisa threshold berguna sebagai asas untuk formulasi strategi perancangan dan juga untuk evaluasi alternatif-alternatif strategi tadi. Teknik ini telah digunakan secara meluas di negara-negara Eropah dan Afrika untuk tujuan perancangan yang berbeda. Ini termasuk penyediaan pelan struktur bandar, perancangan wilayah dan perancangan untuk pembangunan pelancungan. Sumbangan teknik ini yang paling khusus ialah penggunaannya dalam penentuan kesesuaian kawasan untuk pembangunan perumahan. Sumbangan ini dapat dilihat dalam kajian kes Seremban, dimana sebanyak empat belas faktor threshold telah dikaji. Bagi kebanyakan faktor, analisa telah mengidentifikasi tiga kategori threshold, yakni threshold pertama, threshold perantaraan dan boundary threshold. Gabungan hasil daripada analisa faktor-faktor tadi menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tidak ada kawasan threshold pertama, yakni kawasan yang tidak mengalami sebarang kesan threshold. Terdapat sebanyak 4,883 ekar kawasan boundary threshold dan 10,924 ekar threshold perantaraan telah digabung berasaskan bilangan dan sifat faktor threshold yang ujud. Pertimbangan bilangan faktor telah membolehkan pembahagian kawasan kepada lapan taraf yakni dari threshold kedua sehingga threshold kesembilan. Pertimbangan sifat threshold telah mengujudkan 'threshold penting' dan 'threshold kurang penting'. Cadangan kawasan untuk pembangunan perumahan masa depan adalah berasaskan kedua-dua pertimbangan tadi, dimana kawasan 'threshold kurang penting' dan threshold yang rendah tarafnya dianggap paling sesuai untuk pembangunan perumahan.
|