Kajian terminal bas Johor Bahru /

Pengangkutan adalah salah satu daripada keperluan penting di dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan kenderaan untuk memenuhi pelbagai keperluan ekonomi dan sosial seperti ke tempat kerja, ke sekolah membeli belah, hiburan dan sebagainya yang terletak jauh dari kediaman mereka yang tidak semuany...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 266701 Azuraini Khamis
Format:
Subjects:
Description
Summary:Pengangkutan adalah salah satu daripada keperluan penting di dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan kenderaan untuk memenuhi pelbagai keperluan ekonomi dan sosial seperti ke tempat kerja, ke sekolah membeli belah, hiburan dan sebagainya yang terletak jauh dari kediaman mereka yang tidak semuanya boleh dipenuhi dengan berjalan kaki. Kemajuan yang dicapai oleh manusia di dalam bidang teknologi moden telah menghasilkan pelbagai bentuk kenderaan yang meliputi perjalanan darat, udara dan air dalam masa yang singkat. Dengan adanya sistem pengangkutan manusia dapat memenuhi keperluan perjalanan mereka dengan lebih mudah samada perjalanan jarak jauh mahupun dekat. Setiap sistem pengangkutan, khasnya sistem pengangkutan awam memerlukan sebuah tempat untuk perhentian di akhir satu-satu operasi perjalanan yang dilakukan. Titik perhentian atau dikenali sebagai terminal ini digunakan sebagai tempat untuk mengumpul dan menyebarkan penumpang. Di samping itu, terminal ini juga merupakan tempat yang menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan untuk sistem pengangkutan yang berkenaan.