Summary: | Pengangkutan adalah satu aspek yang perlu diberi penekanan dan keutamaan di dalam perancangan dan pembangunan masa kini, di mana perkara ini merupakan masalah yang sering berlaku di kebanyakan kawasan. Perancangan yang kurang berkesan di samping peningkatan jumlah kenderaan dari berbagai jenis, adalah faktor utama yang menyebabkan masalah tersebut. Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah memberi kesan keatas peningkatan pendapatan seterusnya pertambahan pemilikan kenderaan persendirian. Ketidakupayaan kenderaan awam seperti bas pula telah meningkatkan masalah ini. Walaupun terdapat pertumbuhan kenderaan dari berbagai jenis ini, terdapat pula ketidakupayaan jalanraya untuk menampung isipadu kenderaan yang semakin meningkat tersebut. ketiadaan sistem pengurusan lalulintas yang tidak berkesan seperti tanda-tanda jalan, lampu isyarat, bongol jalan, jejantas dan lain-lainnya turut memberi kesan terhadap sistem lalulintas. Masalah lalulintas ini bertambah rumit akibat perancangan serta pembinaan yang tidak mengambilkira kepada piawaian perancangan dan aspek-aspek gunatanah yang
|