Summary: | Tidak dapat dinafikan bahawa bas merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting terutama bagi pengguna-pengguna yang tidak mempunyai sebarang kenderaan. Oleh itu peranan bas dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik adalah penting dimana ia dapat memenuhi keperluan pengguna secara keseluruhannya. Berdasarkan pada sebab inilah, projek ini cuba analisis laluan-laluan yang optimum di mana ia dapat mengoptimumkan jarak perjalanan di antara destinasi yang hendak dituju. Begitu juga dengan penjadualan di mana ia dianalisis untuk memastikan tiada tindanan tugas yang berlaku. Berdasarkan kepada analisis ini, satu model simulasi akan dibangunkan. Pada peringkat permulaan dalam membangunkan model simulasi, teknik yang digunakan bagi pengoptimuman laluan bas ini ialah teknik pengaturcaraan dinamik, manakala dalam penjadualan pula teknik teori graf akan digunakan. Melalui projek ini, model simulasi yang akan dibangunkan adalah melibatkan model bas di mana model bas ini akan bergerak melalui jalan-jalan yang telah optimum hasil daripada analisis ang telah dijalankan. Model simulasi ini dibina dengan menggunakan bahasa Borland C++ Versi 3.0.
|