Keberkesanan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di Universiti Teknologi Malaysia [mikrofilem]/

Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk menyelidiki tahap keberkesanan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia di kampus Skudai dan Kampus Semarak bagi sessi pengajian 1990/91 dari sudut seorang pelajar selaku pengguna. Untuk meperoleh data-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 235928 Veerasamy Renggaiyah
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk menyelidiki tahap keberkesanan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia di kampus Skudai dan Kampus Semarak bagi sessi pengajian 1990/91 dari sudut seorang pelajar selaku pengguna. Untuk meperoleh data-data kepada masalah ini, satu soalselidik yang mengandungbanyak 70 item telah diedarkan kepada 837 orang pelajar UTM yang mempunyai populasi seramai 9291 orang. Dari jumlah ini, hanya 243 boleh digunkan untuk dianalisis data menggunakan SPSS. Soalselidik meliputi bahagian-bahagian seperti Maklumat Latarbelakang; Kemudahan/Perkhidmatan di Kampus; Suasan Kampus (Akademik; Pengambilan/Kemasukan; Peraturan dan Undang-undang; kemudahan; Pendaftaran dan Umum) dan Cadangan/Komen. Analisis data menunjukkan, secara keseluruhan tahap keberkesanan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan adalah sederhana memuaskan (mengikut 5 poin Skala Likert). Beberapa saranan telah dibuat untuk pihak-pihak tertentu berkenaan penggunaan semasa, masalah kewujudan, kecukupan dan kesesuaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia agar mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran serta keperluan-keperluan semasa.