TEKNIK BERFIKIR : Konsep dan Proses 15 Cara berfikir untuk menjana idea-idea kreatif /

Buku ini mengemukakan dua aliran berfikir yang penting iaitu teknik berfikir logikal dan teknik berfikir kreatif. Pada masa ini stail berfikir yang popular ialah stail perbahasan. Tujuan stail ini ialah untuk membuktikan idea sendiri betul dengan cara membuktikan idea orang lain salah. Stail ini sen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ainon Mohd., 1950-, author 454404, Abdullah Hassan, Prof. Emeritus, 1942- author 213240
Format: text
Language:eng
Published: Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 1994
Subjects:
Description
Summary:Buku ini mengemukakan dua aliran berfikir yang penting iaitu teknik berfikir logikal dan teknik berfikir kreatif. Pada masa ini stail berfikir yang popular ialah stail perbahasan. Tujuan stail ini ialah untuk membuktikan idea sendiri betul dengan cara membuktikan idea orang lain salah. Stail ini sentiasa melihat sesuatu dari sudut pertentangan; kalau sesuatu itu hidup, tentu ia tidak mati; kalau sesuatu itu betul, tentu ia tidak salah; kalau ia di atas, tentu ia tidak di bawah, danbegitulah seterusnya. Stail ini membuktikan sesuatu itu benar tetapi ia tidak berguna untuk menerbitkan idea-idea kreatif. Kita memerlukan stail baru untuk berfikir iaitu stail tradisional. Stail itu bersifat reaktif, ertinya ia menunggu sesuatu berlaku terlebih dahulu, barulah si pemikir dapat menggunakan logiknya untuk menganalisis dan menilai perkara tersebut. Sebaliknya, stail proaktif tidak menunggu sesuatu berlaku sebelum is pemikir dapat mula berfikir. Stail proaktif tidak menunggu sesuatu berlaku berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Manakala stail kreatif ialah keupayaan si pemikir menerbitkan konsep, persepsi dan idea baru. Tidak ada kemahiran yang lebih bernilai adripada kemahiran berfikir. Belajar berfikir bukanlah belajar logik. Belajar berfikir ialah belajar membuat pelbagai persepsi. Belajar berfikir tidaklah sukar. Kini sudah ada pelbagai teknik berfikir untuk menajamkan daya persepsi.