Pembangunan dan pengurusan taman rekreasi : kes kajian : Taman Tasik Titiwangsa /

Sumber manusia untuk menjaakan pembangunan negara adalah dianggap sangat penting. Untuk membentuk tenaga kerja yang progresif dan bermutu tinggi, kita mesti memberi peluang kepada pekerja-pekerja menggunakan masa lapang dan masa bercuti dengan baik. Dengan bertambahnya masa lapang, maka adalah pent...

Full beskrivning

Bibliografiska uppgifter
Huvudupphovsman: 336841 Normah Rahmat
Materialtyp:
Ämnen:
Beskrivning
Sammanfattning:Sumber manusia untuk menjaakan pembangunan negara adalah dianggap sangat penting. Untuk membentuk tenaga kerja yang progresif dan bermutu tinggi, kita mesti memberi peluang kepada pekerja-pekerja menggunakan masa lapang dan masa bercuti dengan baik. Dengan bertambahnya masa lapang, maka adalah penting bagi kita memastikan bahawa kesihatan masyarakat terpelihara. Jika masa lapang tidak digunakan dengan baik, ada kemungkinan akan menimbulkan masalah dari segi kesihatan dan sosial. Dalam hal ini penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi perlu digalakkan untuk mengisi masa lapang dengan cara yagn bermakna dan berfaedah, bagi mencegah serta mengatasi kesan-kesan buruk yang mungkin timbul. Untuk tujuan ini pihak-pihak tertentu mestilah menyediakan kawasan-kawasan rekreasi yang dilengkapkan dengan berbagai jenis kemudahan yagn dapat digunakan oleh orang ramai. Dalam konteks penulisan dissertasi ini pempenulis membuat kajian keatas Taman Tasik Titiwangsa, iaitu sebuah taman bandaran dan kawasan rekreasi utma di Kuala Lumpur. Perncangan dan pembinaan taman ini adalah dilakukan oleh DBKL, dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk-penduduk Kuala Lumpur. Penulisan ini menerangkan peranan yang dimainkan oleh DBKL di dalam menyediakan kemudahan dan keperluan rekreasi. Jabatan Taman dan Rekreasi DBKL yang telah ditugaskan untuk melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan taman telah menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah masalah kekurangan peruntukan perbelanjaan untuk membangunkan taman ini dan menambah kemudahan-kemudahan awam yang diperlukan. Selain daripada itu DBKL juga menghadapi masalah yang disebabkan oleh sikap pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab ke atas kebersihan taman dan menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Seterusnya penulisan ini mengkaji sejauh mana DBKL berjaya memainkan peranannya dalam menyediakan satu bentuk sistem pengurusan yagn cekap dan teratur. Analisa Kajiselidik Pengunjung dibuat bagi mencapai objektif ini. Dari analisa Kajiselidik Waktu Kunjungan menunjukkan waktu tengahari adalah merupakan waktu yang sesuai untuk membersihkan taman kerana pada waktu init idak ramai pengunjung datang. Di samping itu kajiselidik ini memberi gambaran akan jenis pembangunan yang akan dilaksanakan di taman ini pada masa hadapan. Cadangan-cadangan yang dapat dijadikan panduan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul diberi oleh penulis. Satu ebntuk sistem pengurusan dan penyelenggaraan yang lebih berkesan juga dicadangkan supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengunjung-pengunjung dari berbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.