Penglibatan PMINT terhadap pembangunan perindustrian, serta peningkatan nilai tanah : rujukan khas daerah Kuala Terengganu /

Negeri Terengganu adalah sebuah negeri pertanian. Menyedari akan hakikat tidak baiknya bergantung semata-mata kepada sektor ini, beberapa strategi telah dibentuk untuk memajukan sektor perindustrian bagi menjamin penggunaan sumber-sumber yang ada. Salah satu daripada strateginya ialah menubuhkan sat...

Бүрэн тодорхойлолт

Номзүйн дэлгэрэнгүй
Үндсэн зохиолч: 436555 Che Dhapat Salleh
Формат:
Хэвлэсэн: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1985
Нөхцлүүд:
Тодорхойлолт
Тойм:Negeri Terengganu adalah sebuah negeri pertanian. Menyedari akan hakikat tidak baiknya bergantung semata-mata kepada sektor ini, beberapa strategi telah dibentuk untuk memajukan sektor perindustrian bagi menjamin penggunaan sumber-sumber yang ada. Salah satu daripada strateginya ialah menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada pembangunan sektor ini. Hasrat tersebut tercapai setelah tertubuhnya Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). PMINT yang bergiat cergas di dalam sektor perindustrian telah memainkan peranannya dengan berbagai cara, di antaranya membuka kawasan-kawasan perindustrian terutama di kawasan yang kurang maju. Sehingga ini, terutama di Daerah Kuala Terengganu, ia telah menubuhkan dua kawasan perindustrian iaitu kawasan perindustrian Gong Badak dan kawasan perindustrian Kuala Ibai. Kawasan Gong Badak yang dulu yang dipenuhi dengan hutan tebal dan kurang diminati tetapi kini segala-galanya telah berubah dengan terdapatnya berbagai jenis pembangunan setelah kawasan tersebut dibuka. Keadaan ini berbeza dengan kawasan perindustrian Kuala Ibai yang lebih hampir dengan pusat bandar dan sudah tentu pembangunannya lebih pesat. Namun persoalan yang timbul, apakah negeri ini sudah cukup bersedia untuk memajukan sektor tersebut?. Untuk itu, terpaksalah kita menilai keupayaannya dalam memenuhi apa-apa yang diperlukan oleh sektor ini dari segenap segi untuk menjamin kelicinan operasi. Apa yang pasti, negeri ini banyak mempunyai sumber-sumber asli yang perlu diproses di dalam negeri.