Summary: | Sektor perdagangan merupakan sektor ekonomi yang penting kepada bandar Kangar. Selain memainkan peranan sebagai sebuah pusat perdagangan,pentadbiran dan institusi, bandar Kangar dijangka akan terus berkembang dan menjadi salah sebuah pusat separa-wilayah bagi Zon Wilayah Utara Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2000. Bogi menyokong fungsi bandar tersebut, beberapa projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan di Negeri Perlis.Bagaimanapun kemudahan infrastrukfur,perkhidmatan dan perniagaan dibandar Kangar. Antara masalah yang ketara dipusatbandar adalah keusangan bangunan awam dan kedai, penggunaan tanah yang tidak ekonomik dan kesesakan lalulintas yang berpunca daripada sistem sirkulasi dan tempat letak kereta yang tidak sempurna. Disebabkan ketiadaan Pelan Pembangunan yang menyeluruh bagi bandar Kangar, pembangunan baru yang dijalankan secara 'ad-hoc' adalah sukar untuk dikawal. Oleh itu langkah yang paling efektif dalam mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengadakan satu program pembaharuan semula pusatbandar. program perancangan komprehensif seperti ini membolehkan tanah bandar digunakan secara optima.Untuk maksud ini, pengkaji merumuskan anggaran keperluan ruanglantai untuk pelbagaian aktiviti didalam pusatbandar menjelang tahun 2000. Seterusnya satu corak rekabentuk pusatbandar bagi menampong keperluan tersebut dikemukakan. Cadangan Pelan Pembangunan akan disertakan dengan garispanduan perancangan dan rekabentuk bagi memastikan pembangunan pusatbandar adalah seimbang dan terkawal.
|