Summary: | Penyelesaian sesuatu masalah dengan kaedah berangka menggunakan komputer mengalami pencemaran daripada ralat data, ralat pangkasan dan ralat pemundaran. Oleh itu setiap jawapan akhir perlu disertakan dengan satu gambaran tentang kejituannya. Aritmetik selang merupakan satu kaedah yang menyertakan ralat keseluruhan dalam setiap jawapan akhir dalam sesuatu pengiraan. Kajian ini mendalami prinsip-prinsip asas aritmetik selang. Operasi asas seperti penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian ditakrifkan. Takrifan ini dilaksanakan dan diuji pada komputer. Pengujian ini penting kerana selang yang ditakrifkan oleh komputer mungkin berbeza daripada selang yang dinyatakan. Oleh kerana setelah melalui pengolahan, selang biasanya menjadi besar sehingga tidak bermakna, teknik-teknik pengecutan selang perlu dikaji dengan tujuan mendapatkan selang yang sekecil mungkin yang mengandungi jawapan sebenar. Dalam kajian ini, perhatian ditumpukan kepada masalah mencari punca penyelesaian taklinear, khususnya persamaan polinomial. Dua teknik iaitu bentuk terpusat dan bentuk selang bagi skema Horner dikaji dan dilaksanakan untuk komputer. Hasilnya dibincangkan.
|