Pengspesiesan arsenik dalam air laut dan hidupan marin di perairan Johor /

Penentuan spesies arsenik tak organiktelah dilakukan terhadap beberapa sampel air dan smpel hidupan marin setempat di persisiran pantai Negeri Johor Darul Takzim. Sampel air dituras dengan penuras membran bersaiz 0.45 um manakala sampel hidupan marin dikeringkan dengan alat pengering sejuk beku dan...

Ամբողջական նկարագրություն

Մատենագիտական մանրամասներ
Հիմնական հեղինակներ: 284414 Zanaton Ikhsan, Alias Mohd. Yusof, Fakulti Sains
Ձևաչափ:
Լեզու:may
Հրապարակվել է: 1994
Խորագրեր:
Նկարագրություն
Ամփոփում:Penentuan spesies arsenik tak organiktelah dilakukan terhadap beberapa sampel air dan smpel hidupan marin setempat di persisiran pantai Negeri Johor Darul Takzim. Sampel air dituras dengan penuras membran bersaiz 0.45 um manakala sampel hidupan marin dikeringkan dengan alat pengering sejuk beku dan dihazamkan dengan alat gelombang mikro (MDS-81D) pada keadaan yang sesuai. Kaedah pemisahab sebelum penyinaran dilakukan terhadap semua sampel dengan menggunakan ammonium pirolidina ditiokkarbanat (APDTC)-kloroform. Kecekapan semua kaedah yang terlibat ditentukan dengan bahan rujukan piawai Lobster Hepatopancreas (SRM-TORT 1) dan larutan piawai. Kaedah pemisahan dilakukan dalam sistem tertutup dan hasil akhir dianalisis menggunakan kaedah analisis pengaktifan neutrin (APN) di Unit Tenaga Nuklear (UTN), Hasil kajian menunjukkan kepekatan spesies As(V) lebih tinggi daripada As(III) pada semua sampel kajian dan kepekatan spesies arsenik dalam hidupan marin lebih tinggi daripada sampel air. Secara keseluruhan kajian menunjukkan bahawa kawasan Johor Selatan adalah Kawasan paling tercemar dibandingkan dengan kawasan di timur dan barat Johor, Hubungan antara kepekatan spesies arsenik terhadap persekitaran iaitu keadaan arah angin, musim, suhu dan pH dibincangkan dalam kajian ini untuk mengenalpasti tren pencemaran yang mungkin wujud.