要約: | Komponen kimia bagi spesies C. alata (Leguminosae) telah dikaji. Bahagian kulit batang dan akar telah diekstrak dengan menggunakan kloroform di dalamalat Soxhlet manakala bahagian daun diekstrak secara sejuk dengan menggunakan eter. Komponen kimia di dalam ekstrak diasingkan dengan menggunakan kaedahkromotografi termasuk kromotografi turus kilat kering pendek dan kromotografi turus graviti. Struktur sebatian dikenalpasti dengan teknik spektroskopiinframerah, resonans magnet nukleus, ultralembayung dan kromotografi gas-spektroskopi jisim. Asid heksadekonoik telah diasingkan daripada daun,manakala campuran stigmasta-5, 23-dien 3-ol dan stigmast-5-en-3-ol diasingkan daripada kulit batang.
|