Čoahkkáigeassu: | Kajian ini merupakan suatu kaedah sintesis berkaitan dengan pengubahsuaian kimia terhadap resin manik polistirena rangkai silang dan polistirena rantai lurus. Beberapa urutan tindak balas pengubahsuaian dilakukan keatas kedua-dua resin polistirena tersebut. Pengubahsuaian kimia yang dilakukan adalah sintesis pengklorobenzoilan bertujuan untuk memperkenalkan kumpulan karbonik, pemecahan klorobenzoil bertujuan untuk memperkenalkan kumpulan asid, penukargantian dengan kumpulan asid klorida, pengenalan kumpulan peroksida sebagai bahan pemula dan akhirnya pencangkukkan deng monomer metil metakrilat dan akrilonitril. Kumpula peroksida yang terhasil akan membentuk radikal bebas sebagai bahan pemula dalam tindak balas pempolimeran apabila dipanaskan padasuhu 65-70'C. Hasil setiap pengubahsuaian ditentukan dengan melihat perubahan berat hasil yang didapati dan kehadiran puncak-puncak tertentu pada spektrum infra-merah. Dengan menggunakan polistirena yang mempunyai terbitan kumpulan peroksida di atas sebagai bahan pemula, maka monomer metil metakrilat dan akrilonitril telah berjaya dicangkukkan.
|