Shrnutí: | Mesua Ferrea atau di kenali di Malaysaia sebagai pokokmpenaga adalah sejenis pokok kayu keras yang berguna sebagai balak dan juga dalam pembuatan ubat.Kulit batang Mesua ferrea diesktrak dengan menggunakan Soxhlet, berturut-turut menggunakan petroleum eter dan etil asetat. Hasil mentah daripada kedua-dua ekstrak diperingkatkan dengan menggunakan kromatografi turus kilat pendekkering manakala penulenannya menggunakan kromatografi turus graviti. Sebatian terhasil telah dikenalpasti dengan menggunakan spektrokopi infra merah (IM), resonans magnet nukleus (RMN-1H), spekroskopi ultra lembayung (UL) dan kromatografi gas - spektroskopi jisim (KG-SJ). Pengekstrakan petroleum eter menghasilkan campuran ergost 5-en-3-ol, stigmasterol dan B-sitosterol manakala pengeskstrakan etil asetat menghasilkan 1,7-hidroksixasnton dan 1,5-dihidroksixanton.
|