Kesan berbagai isipadu alkohol ke atas tindak balas pentransesteran minyak kelapa dan minyak isirong sawit /

kajian yang dijalankan adalah tindak balas pentransesteran ke atas dua sampel minyak iaitu minyak kelapa dan minyak isirong sawit dengan etanol dan metanol menggunakan stanum (IV) klorida sebagai mangkin. Kajian ini bertujuan mendapatkan keadaan optimum bagi tindak balas pentransesteran mengenalpast...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 310060 Liew, Chin Chie
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:kajian yang dijalankan adalah tindak balas pentransesteran ke atas dua sampel minyak iaitu minyak kelapa dan minyak isirong sawit dengan etanol dan metanol menggunakan stanum (IV) klorida sebagai mangkin. Kajian ini bertujuan mendapatkan keadaan optimum bagi tindak balas pentransesteran mengenalpasti samada etanol atau metanol yang memberikan peratusan hasil yang tinggi dan melihat kemampuan stranum(IV) klorida sebagai mangkin. Beberapa siri tindak balas yang mengikut nisbah sampel minyak terhadap alkohol yang berbeza dijalankan. hasil tindak balas adalah satu campuran ester dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kromatografi gas. 3 jenis turus yang digunakan iaitu, turus metil fenil silikon, turus aluminium clad dan turus HT8 telah memberikan puncak-puncak pemisahan yang baik. Keadaan optimum bagi tindak balas pentransesteran minyak kelapa dengan etanol yang diperolehi adalah gabungan nisbah mol etanol terhadap sampel minyak 70 : 1, suhu 80.0C dan masa 3 jam. Manakala untuk tindak balas pentransesteran antara minyak kelapa dengan metanol pula nisbah mol metanol terhadap sampel minyak adalah 17:1 pada masa dan suhu yang sama. Metanol dipilih sebagai reagen yang berpotensi dalam tindak balas pentransesteran kerana kuantiti yang digunakan untuk mencapai keadaan optimum adalah rendah dan harganya lebih murah.