Summary: | Zeolit amat penting dalam industri dewasa ini terutama sekali sebagai mangkin, penukar ion, penjerap dan penapis molekul. Zeolit terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sintetik dan semulajadi. Pasaran bagi zeolit semula jadimasih kecil dari sudut industri berikutan kejayaan yang dicapai olehzeolit sintetik. Banyak spesies zeolit semula jadi yang dipercayai mempunyainilai komersial didapati dengan banyak di sesetengah negara dalam kawasan Asia Tenggara, misalnya di Indonesia. Kajian ini tertumpu kepada zeolitmordenit semula jadi yang diperolehi daripada abu gunung berapi di Indonesia. Ketulenan mordenit semula jadi telah dibuktikan dalam kajian terdahulu.Hasil ini merangsang penyelidikan lanjut terhadap mordenit sebagai mangkinkomersial dalam industri. Dalam penyelidikan ini, mordenit telah diubahsuaikan untuk mengawal keasidan dan/atau kepilihan serta menghasilkan mangkin heterogen yang stabil. Kaedah-kaedah pengubahsuaian yang digunakan adalahpenukaran kation, pengolahan kimia dengan menggunakan (NH4)2SiF6 dan hidroterma. Beberapa teknik pencirian digunakan termasuk spektroskopi IM,PS-X danRMN. Ujian mangkin dijalankan melalui tindak balas pengisomeran n-butana dandengan cecair poliisoprena sebagai tindak balas peraga dengan menggunakan reaktor kelompok. Analisis hasil oleh kromotografi gas, spektroskopispektrum IM dan kromatografi penelapan gel dibincangkan.
|