Analisa ciri-ciri tempat penginapan yang sesuai untuk tujuan pelancongan di Langkawi : chalet /

Sektor kemudahan tempat penginapan adalah sangat berkait rapat dengan industri pelancongan, dimana kedua-dua sektor ini adalah saling mengesani diantarasatu sama lain. Perkembangan yang pesat dalam sektor pelancongan di Langkawitelah turut memajukan juga sektor keumdahan penginapannya seperti hotel,...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 331160 Noorzamani Nooradin
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1994
Subjects:
Description
Summary:Sektor kemudahan tempat penginapan adalah sangat berkait rapat dengan industri pelancongan, dimana kedua-dua sektor ini adalah saling mengesani diantarasatu sama lain. Perkembangan yang pesat dalam sektor pelancongan di Langkawitelah turut memajukan juga sektor keumdahan penginapannya seperti hotel, chalet, motel dan sebagainya. Tetapi disebalik keghairahan pihak berkuasa memajukan sektor penginapan di Langkawi, terdapat suatu masalah yang kritikal kepada pengusaha tempat-tempat penginapan kelas rendah terutamanya seperti chalet iaitu kadar penghunian (accupancy rates) yang rendah bagi tempat-tempat penginapan tersebut. Daripada kajian yang dilakukan didapati ada diantaranya yang hanya mempunyai kadar penghunian sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja. Buat masa sekarang tiada usaha atau kajian dilakukan bagi mengenalpasti masalah disebaliknya. Oleh sebab inilah penulis mengemukakan beberapa objektif bagi mengenalpasti masalah tersebut. Antara objektif-objektif yang telah digariskan ialah mengenalpasti ciri-ciri tempat penginapan (chalet) yang sediaadadi Langkawi, samada ianya memenuhi citarasa pengunjungnya, mengkaji apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan terjadinya masalah tersebut serta mengenalpasti apakah kemudahan sokongan yang disediakan di chalet-chalet tersebut mencukupi dan memenuhi kehendak para pelancong. Diantara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan ciri-ciri tempat penginapan yang baik ialah dari segi faktor fizikal chalet-chalet tersebut seperti keluasan. keadaan serta kedudukan chalet, bahan binaan yang digunakan rekabentuk chalet, jarak diantara bangunannya dan sebagainya. Faktor seperti kadar sewa serta faktor-faktor sokongan seperti kemudahan restoran, bekalan air, elektrik, sistem perparitan, pembetungan dan sisten pembuangan sampahnya juga turut diambil kira. Objektif yang telah dinyatakan diatas dapat dicapai dengan menjalankan satu soal selidik kepada para pelancong yang berkunjung ke Langkawi, daripada kajian serta penulisan yang dilakukan oleh pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), TDC orang-orang perseorangan serta daripada pengamalan menulis sendiri. Daripada analisa yang telah dilakukan didapati bahawa terdapat kelemahan-kelemahan yang kritikal terhadap ciri-ciri chalet yang sedia ada serta kemudahan sokongannya. Keadaan bilik-bilik penginapan juga didapati melebihi daripada permindaan yang ada, dimana pembinaannya adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan pada musim-musim yang tertentu shaja tanpa mempertimbangkan pada hari-hari biasa.