Pembangunan perindustrian di Negeri Johor dan implikasinya ke atas pembangunan dan gunatanah : kes kajian : daerah Batu Pahat /

Kerajaan Malaysia telah membentuk Wawasan 2020 iaitu dengan matlamat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020. Untuk itu berbagai usaha telah dijalankan bagi mengembangkan sektor perindustrian di negara ini. Daerah Batu Pahat merupakan salah satu kawa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 237936 Mazliza Mat Amin
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1994
Subjects:
Description
Summary:Kerajaan Malaysia telah membentuk Wawasan 2020 iaitu dengan matlamat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020. Untuk itu berbagai usaha telah dijalankan bagi mengembangkan sektor perindustrian di negara ini. Daerah Batu Pahat merupakan salah satu kawasan yang menerima kesan yang ketara akibat dari polisi kerajaan ini. Sektor perindustrian telah dibangunkan dengan pesat di kawasan tersebut sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Aktiviti perindustrian yang pesat ini telah berjaya membawa perubahan ekonomi, sosial dan fizikal kepada daerah ini. Ini dapat dilihat melalui punca pendapatan sebahagian besar penduduk yang telah bertukar daripada aktiviti pertanian kepada perindustrian. Peluang pekerjaan yang disediakan oleh sektor ini juga telah menarik kedatangan pekerja-pekerja dari luar daerah ini. Keadaan ini telah menyebabkan permintaan terhadap hartanah bertambah dan ini seterusnya mengesani nilai hartanah di kawasan tersebut. Pembangunan demi pembangunan yang dijalankan di daerah ini telah mempercepatkan perkembangan industri sehingga menjadikan daerah ini daerah yang maju berbanding daerah-daerah lain di negeri Johor. Sektor perindustrian merupakan sektor yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap peningkatan ekonomi negara. Oleh itu dasar kerajaan sekarang ialah menggalakkan pembangunan sektor perindustrian, iaitu dengan mewujudkan kawasan perindustrian baru seluruh negara. Di dalam hal ini teori perletakan industri merupakan satu faktor yang perlu diambilkira di dalam pemilihan sesebuah kawasan perindustrian. Dari itu, kajian ini akan melihat dengan jelas apakah faktor-faktor yang menyebabkan Batu Pahat dibangunkan sebagai kawasan perindustriandan seterusnya mengkaji apakah kesan pembangunan tersebut terhadap pembangunan, gunatanah dan nilai hartanah di kawasan kajian.