Summary: | Pembangunan hutan lipur oleh pihak swasta masih merupakan suatu konsep baru di Malaysia.Pembangunan jenis ini lebih mementingkan pulangan lumayanberbanding dengan pembangunan hutan lipur kerajaan yang lebih mengutamakankebajikan sosial rakyat. Sesuatu hutan lipur yang baik mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan yang dapat menarik minat para pengunjung dan mempunyai ciri-ciri istimewa sebagai hutan lipur. Oleh itu, kemudahan-kemudahan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan pengunjung mesti disediakan supaya dapatmendorong pengunjung melawat ke hutan lipur ini. Begitu juga dengan caj-cajkemudahan di mana bayaran manasabah patut dikenakan agar tidak membebankanpengunjung dan merugikan pihak pengurusan.Memandangkan ketiadaan kajian terperinci dilakukan keatas Hutan Lipur KotaTinggi oleh pihak pengurusan sejak ia diswastakan dan disamping ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi disebabkan faktor-faktor kedekatannya dengn Bandaraya Johor Bahru, maka ia telah dipilih sebagai kes kajiandalam penulisan ini. Kajian dibuat merangkumi aspek persepsi pengunjung keatas kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang dicadangkan oleh pihak pengurusan, keperluan pengunjung keatas caj-caj kemudahan yang dikenakan serta cara penentuan caj-caj kemudahan tersebut. Rumusan kajian ini akan memperlihatkan apakah kemudahan-kemudahan dan caj-caj kemudahan yang tidak memenuhi keperluan pengunjung dan sebab ketidakpuasan terhadapnya.Cadangan.cadangan dari pengumjung untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kemudahan yang sedia ada dirumuskan. Disamping itu, aktiviti-aktiviti dan kemudahan-kemudahan yang perlu ditambah juga dikaji agar dapat mempertingkatkan mutu hutan lipur ini. Cadangan caj-caj kemudahan ini iaitu bayaran masuk dan kadar sewaan chalet akibat penambahan kemudahan-kemudahan akan ditentukan sebagai panduan kepada pihak pengurusan dalam penentuan caj tersebut sebaik sahaja kemudahan baru ditambah. Beberapa alternatif juga digariskan untuk menyelesaikan masalah kemudahan-kemudahan yang tidak memenuhi keperluan pengunjung agar ia tidak merugikan pihak pengurusan.
|