Streszczenie: | Cadangan pembangunan pembinaan laluan kedua Malaysia-Singapura dan pembangunan Bandar baru Gelang Patah merupakan projek jangka panjang yang akan memakan masa selama tiga puluh. Projek yang dijangka sempurna sepenuhnya pada tahun 2024 melibatkan pembangunan jambatan yang akan menghubungkan Kampung Ladang di Gelang Patah, Johor dengan Tuas di Singapura. Secara tidak langsung pembangunan sebegini akan mempengaruhi pembangunan di kawasan sekitarnya, di mana ia terdiri daripada bebrapa buah perkampungan tradisional dan pekan Gelang Patah. Purata guna tanah semasa di kawasan ini adalah dalam kategori pertanian. Oleh itu, penulisan ini melibatkan kajian di perkampungan tradisional dan pekan Gelang Patah. Aspek yang dikaji adalah haluan (trend) nilai tanah dari tahun 1980 hingga tahun 1993. Haluan nilai tanah ini dianalisis untuk meninjau sama ada nilai tanah semasa di kawsan kajian mencerminkan nilai potensi untuk pembangunan atau nilai tanah pertanian. Dengan itu aspek pembangunan masa kini dan cadangan pembangunan masa hadapan di sekitar kawasan kajian dikaji untuk melihat potensi pembangunan di kawsan kajian. Justeru itu, cadangan pelaksanaan pembangunan di kawsan kajian akan dilihat dari segi kesesuaiannya dengan sosio-ekonomi penduduk di kawasan ini di samping penekanan kepada potensi pembangunan di kawasan kajian sebagai pelengkap atau penyokong kepada pembangunan laluan kedua dan Bandar Baru Gelang Patah.
|