Summary: | terdapat dua tujuan asas dalam menjalankan kajian ini iaitu pertamanya untuk menggunapakai teknik keupayaan tampungan dalam menganalisis keupayaan sesuatu potensi sumberjaya untuk dibangunkan dan keduanya mengetengahkan bagaimana teknologi terkini iaitu sistem maklumat greografi (gis) dapat digunakan dalam proses kajian keupayaan tampungan tersebut. dalam kajian ini keupayaan tampungan fizikal dikaji atas urutan 1) mendapatkan polisi/strategi pembangunan kawasan kajian : 2) keupayaan tampungan fizikal mesti diketengahkan bagi memastikan tiada lebihan tumpuan dan sebagai peningkatan pembangunan, di mana 3) perlunya satu garispanduan pembangunan spatial untuk pembangunan masa hadapan bagi kegunaan agensi berkaitan. tiga jenis keupayaan tampungan dikaji iaitu 1) berasaskan kawasan fizikal yang boleh dibangunkan, ii) berasaskan keupayaan penawaran bekalan air dan iii) berasaskan keupayaan menampung aktiviti utama. gis digunakan sepenuhnya dalam analisis zon yang boleh dibangunkan dengan mengambilkira faktor-faktor fizikal pulau iaitu ekosistem utama, gunatanah, topografi, geologi dan jenis tanah, saliran permukaan dan air bumidan jenis tumbuh-tumbuhan. analisis ini menghasilkan keupayaan tampungan zon yang boleh dibangunkan dan dianalisis dengan keupayaan tampungan bekalan air berdasarkan kemungkinan penawaran air dan keupayaan tampungan aktiviti pantai serta hutan. kajian ini mengahsilkan pelan konsep pembangunan spatial yang mengambilkira had tampungan terpilih iaitu keupayaan zon pembangunan. hasil kajian menunjukkan pulau sibu besar mampu menampung 947 bilik maksimum berbanding 191 bilik semasa (tambahan sebanyak 756 bilik). Ini menunjukkan pulau sibu masih berpeluang untuk dibangunkan sesuai denganhasrat kerajaan negeri johor, di mana pengurusan bekalan air mestilah dibuatdengan optimum oleh jabatan bekalan air kerana masalah tampungannya yang rendah. kesimpulannya gis telah dapat digunakan dengan berkesan dalam kajian ini walaupun ia tidak sepenuhnya dimodelkan dengan kaedah keupayaan tampungan disebabkan halangan skop kaedah tersebut yang sangat luas. akhirnya dirumuskan kaedah keupayaan tampungan ini telah dapat digunakan untuk menentukan tahap pembangunan yang optimum bagi pulau sibu besar di samping mengetengahkan keperluan pengurusan terutama bagi aspek yang kritikal seperti bekalan air.
|