Perancangan perkhidmatan pengutipan sisa pepejal bagi pihak berkuasa tempatan : kajian kes : Majlis Perbandaran Seremban/
Perkhidmatan pengutipan sisa pepejal merupakan tugas yang kompleks yang dipertnanggungjawabkan ke atas setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan pentadbirannya bersih dan terurus. PBT telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar di dalam memberi perkhidmatan pengutipan sisa pepejal b...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1994
|
Subjects: |
Summary: | Perkhidmatan pengutipan sisa pepejal merupakan tugas yang kompleks yang dipertnanggungjawabkan ke atas setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan pentadbirannya bersih dan terurus. PBT telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar di dalam memberi perkhidmatan pengutipan sisa pepejal berbanding aktiviti perkhidmatan bandar yang lain. Walaupun peruntukan yang diberikan adalah tinggi tetapi tahap dan produktiviti perkhidmatan semasa PBT inimasih ditahap yang sederhana. Salah satu sebab yang telah dikenalpasti sebagai punca peningkatan jumlah kewangan yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah penggunaan sumberjaya (penggunaan tenaga kerja dan lori pengutipan) yang kurang cekap dan tidak optimum. Oleh itu satu penyelidikan terhadap penggunaan sumberjaya bagi perkhidmatan pengutipan PBT dijalankan bagi mewujudkan satu perkhidmatan yang cekap dan produktif. Bagi tujuan tersebut satu analisis ekonomi terhadap perkhidmatan pengutipan semasa terutamanya dari segi penggunaan sumberjaya dijalankan. Kaedah yang digunakan untuk analisis ini ialah "Analisis Sistem Pengutipan" yang telah diperkenalkan olehSchade tetapi telah diubahsuai oleh pengkaji untuk disesuaikan dengan keadaan perkhidmatan pengutipan sisa pepejal diMalaysia. Daripada kaedah ini, tahap penggunaan sumberjaya semasa diperolehi. Selain itu kaedah ini juga boleh membantu di dalam merancang penggunaan sumberjaya yang lebih optimum. Selain daripada analisis sistem pengutipan, analisis kos pengutipan juga dijalankan bagi membuktikan bahawa perkhidmatan semasa boleh ditingkatkan produktivitinya dengan mengoptimumkan penggunaan sumberjaya. Oleh itu untuk penyelidikan ini Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah dippilih sebagai kawasan kajian. Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati tahap penggunaan sumberjaya dan produktiviti perkhidmatan MPS masih ditahap yang sederhana. Dari analisis ekonomi juga didapati perkhidmatan semasa MPS masih boleh diperbaiki lagi bagi mengoptimumkan penggunaan sumberjaya dan juga meningkatkan produktiviti pengutipan. Oleh itu daripada penyelidikan ini jelas menunjukkan bahawa analisis sistem pengutipan yang digunakan oleh pengkaji boleh membantu PBTatau pihak-pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini di dalam merancang penggunaan sumberjaya yang lebih optimum di samping menghasilkan perkhidmatan pengutipan sisa pepejal yang lebih produktif. |
---|