Model lokasi aktiviti untuk simulasi bersepadu penduduk, pekerjaan dan stok tanah : kes empirik : Bandaraya Kuching, Sarawak /

Matlamat efisiensi ekonomi dan matlamat keharmonian sosial perlu dilihat, diselaras dan diseimbangkan melalui pembangunan berkordinasi yang berdasarkan pendekatan bersepadu untuk tujuan mencapai pembangunan mampan. Ini adalah perlu sama ada dilihat dari perspektif kajian ekosistem bandar ataupun per...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 238344 Bong, Khin Fah
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Matlamat efisiensi ekonomi dan matlamat keharmonian sosial perlu dilihat, diselaras dan diseimbangkan melalui pembangunan berkordinasi yang berdasarkan pendekatan bersepadu untuk tujuan mencapai pembangunan mampan. Ini adalah perlu sama ada dilihat dari perspektif kajian ekosistem bandar ataupun perspektif perancangan bandar. Dalam pada itu, jururancang bandar harus mempunyai teori, perspektif dan peralatan yang efektif dan effisien untuk mencapai keprkeperluan diatas amat sukar dilaksanakan oleh jururancang. Maka teknik permodelan menjadi satu peralatan yang banyak meningkatkan keupayaan jururancang. Kajian ini mengmukakan satu Model Lokasi Aktiviti yang berdasarkan paradigma permodelan Model Metropolis Lowry dan juga variasinya dalam bentuk Model garin-Lowry dan Model peruntukan Aktiviti. Ia adalah sesuai dengan Teori Ssitem Umum dan Cyberntic. terdapat empat komponen teoritikal utama iaitu 1)Teiri asas Ekonomi, 2) Teori Interaksi Reruang, 3) Konsep guna tanah, dan 4)Konsep Keupayaan tampungan Tnah. Model ini menekankan pendekatan bersepadu dari dua segi. Pertama, perkaitan di antara sektor perancangan, iaitu sektor sosial, sektor ekonomi dan sektor fizikal. Kedua, perkaitan di antara zon perancangan, iaitu kawasan-kawasan perancangan dalam bandar. Tujuh hipotesis penyelidikan telah dikemukan berdasarkan asas teoritikal yang digunakan dalam membentuk algoritma model ini. Hasil kajian menunjukkan Pengkali Penentu Regrasi, R2, majoritinya memepunyai 90% dan keatas. Maka, hipotesis nul didapati boleh diterima dan model ini adalah wajar untuk digunakan di kawasan kajian. Secara amnya, penemuan utama penyelidikan ini atu set algoritma model simulasi bersepadu bandar yang baru. Satu set algoritma pencarian untuk tujuan kalibrasi model ini telah digunakan untuk simulasi di kawasan Bandaraya Kuching, Sarawak. dua kes penggunaan telah dijalankan untuk menguji keupayaan model dalam membuat simulasi bandar dan menjalankan analisis APA_JIKA imput polisi kawalan. Program pembangunan Bandar Baru Muara Tabuan dalam Zon 25 telah dijadikan asas dalam kes-kes tersebut. Model Lokasi Aktiviti yang dibina didapati telah memenuhi keperluan dengan memberikan hasil simulasi yang konsisten. Ralat yang bervariasi mengikut nilai data dapat dikesan dan walaupun kecil, ia perlu diambilkira sebagai langkah berjaga-jaga dalam penggunaan dunia sebenar. Model ini didapati mempunyai kelebihan dari segi memenuhi keperluan bersepadu untuk analisis perancangan, mudah, hanya memerlukan data yang minimum dan dapat digunakan untuk simulasi dan analisis APA-JIKA. Namun begitu, penyelidikan lanjutan adalah amat diperlukan kerana model ini masih mempunyai pelbagai kekurangan yang menghadkan fungsinya dalam proses perancangan dunia sebenar, disamping itu, bandar adalah semakin kompleks dan menimbulkan pelbagai krisis yang harus ditangani oleh jururancang dengan efektif dan effisien. kemajuan dalam teknologi maklumat, teori-teori perancangan dan teknik permodelan haruslah diekslpoitasikan oleh jururancang untuk tujuan tersebut.