Perisian komputer dalam rekabentuk ACI pemindahan kuasa baru/

Satu perisian komputer untuk rekabentuk aci pemindahan kuasa telah dihasilkan. Perisian ini akan menghasilkan garispusat aci yang sesuai dan selamat digunakan dengan keadaan bebanan lesu yang berlaku. Perisian ini mampu menggantikan kaedah pengiraan secara manual yang panjang dan berulang-ulang. Ia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 392839 Kamaruzaman Shaari
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Satu perisian komputer untuk rekabentuk aci pemindahan kuasa telah dihasilkan. Perisian ini akan menghasilkan garispusat aci yang sesuai dan selamat digunakan dengan keadaan bebanan lesu yang berlaku. Perisian ini mampu menggantikan kaedah pengiraan secara manual yang panjang dan berulang-ulang. Ia juga menghindar kemungkinan membuat kesilapan apabila kombinasi anggapan yang berbeda digunakan. Perisian komputer ini telah ditulis dalam bahasa FORTRAN 77 dan dijalankan dengan mesin kerangka utama jenis IBM 3090. Rekabentuk aci pemindahan kuasa dengan perisian ini akan melalui proses analisa daya, pemilihan bahan aci, anggaran saiz dengan rekabentuk statik berasaskan kekuatan alah bahan dan seterusnya menghasilkan saiz yang sesuai untuk babanan lesu aci bagi hayat tak terhingga. Kesan tumpuan tegasan, faktor operasi dan lebihan beban juga diambil kira. Perisian ini menggunakan kaedah Soderberg dalam analisis lesunya.