Kajian terhadap ruang-ruang laluan yang kurang dilalui oleh pembeli-pembeli di dalam kompleks beli belah di Kuala Lumpur /

Apabila berjalan melalui beberapa ruang laluan atau lebih di kenali sebagai kaki-lima di dalam kompleks beli-belah di Kuala Lumpur sudah pasti kita akan menemui beberapa ruang yang agak lengang jika di bandingkan dengan ruang-ruang lain di dalam kompleks yang serupa. Apakah yang menyebabkan ianya j...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 441127 Abdul Haiyee Hashim
Format:
Subjects:
Description
Summary:Apabila berjalan melalui beberapa ruang laluan atau lebih di kenali sebagai kaki-lima di dalam kompleks beli-belah di Kuala Lumpur sudah pasti kita akan menemui beberapa ruang yang agak lengang jika di bandingkan dengan ruang-ruang lain di dalam kompleks yang serupa. Apakah yang menyebabkan ianya jadi demikian? Adakah ianya berkemungkinan akan menyebabkan peniaga di ruang tersebut akan menanggung kerugian akibat dari kurangnya pembeli-pembeli melalui ruang hadapan kedai mereka? Dan banyak lagi soalan yang akan timbul di fikiran kita jika kita seorang yang sensitif. Bermula dari kesedaran inilah maka kajian ini di jalankan untuk mengetahui apakah yang telah terjadi dengan suatu ruang yang telahpun di rekabentuk oleh arkitek-arkitek yang pada pandangan kasarnya telah berlaku kegagalan. Adakah ianya benar-benar merupakan satu kegagalan. Jika dilihat dari sudut rekabentuk kegagalan sesuatu ruang itu di gunakan oleh manusia adalah di sebabkan oleh perancangan yang kurang baik yang berpunca oleh banyak faktor. Jika dilihat dari sudut perniagaan kedai kurang di kunjungi akibat dari kurangnya penelitian perniagaan tersebut di dalam membuat pertimbangan faktor-faktor perniagaan, misal salah memilih lokasi yang baik, tidak pandai melayan tetamu dan lain-lain lagi. Bagi pembeli-pembeli pula mereka mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa mereka tidak atau jarang sekali melalui sesuatu lorong di dalam kompleks beli-belah dan seterusnya bagi pemilik kompleks beli-belah itu sendiri. Apakah reaksinya terhadap ruang-ruang begini.