Perancangan lanskap hospital daerah Besut, Trengganu /

Alam persekitaran dan lanskap yang baik mempengaruhi keadaan corak penghidupan manusia dan lain-lain hidupan. Keperluan kepada suatu alam persekitaran yang baik itu tidak patut dipandang ringan oleh semua pihak, dan tidak hanya menggantungkan harapan kepada pihak pemerintah sahaja untuk menjaga dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: 440083 Habsah Mohamad, Abdul Latiff Mohamad, Fakulti Alam Bina
Format:
Language:may
Subjects:
Description
Summary:Alam persekitaran dan lanskap yang baik mempengaruhi keadaan corak penghidupan manusia dan lain-lain hidupan. Keperluan kepada suatu alam persekitaran yang baik itu tidak patut dipandang ringan oleh semua pihak, dan tidak hanya menggantungkan harapan kepada pihak pemerintah sahaja untuk menjaga dan mengawal keadaannya. Penghidupan manusia dan lain-lain hidupan akan lebih selesa dan bererti bila keadaan persekitarannya dijaga rapi an mempunyai nilai-nilai kecantikan. Selain daripada dapat memberi keselesaan dan nilai pandangan yang menarik, alam persekitaran dan lanskap yang baik juga dapat membantu menyegerakan penyembuhan penyakit yang dihadapi oleh manusia dan hidupan-hidupan lain. Oleh itu, amatlah wajar, kawasan-kawasan pusat rawatan dilanskapkan untuk mengujudkan suasana persekitaran yang baik dan sesuai dengan fungsinya sebagai pusat rawatan. Hospital daerah Besut, adalah salah satu pusat rawatan, tapi ianya mengalami masalah alam persekitaran yang tidak sesuai. Ini adalah disebabkan berlakunya pengabaian oleh pihak-pihak tertentu terhadap lanskap dan alam pesekitarannya. Kesan yang lahir dari pengabaian tersebut, menyebabkan keadaan penghidupan para pengguna dan kakitangan di hospital ini menjadi tidak selesa. Memandangkan ujudnya masalah tersebut, maka adalah perlu diadakan pembaikan-pembaikan tertentu di hospital ini. Tujuannya adalah untuk melahirkan suasana alam lanskap dan persekitaran yang sesuai dengan fungsinya, sebagai pusat rawatan.