Rekreasi linear di pusat bandar Kuala Lumpur : kes kajian di Sungai Kelang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur/
Kajian ini merupakan kajian terhadap kemungkinan penyediaan satu kawasan rekreasi linear dijajaran Sungai Kelang dan Sungai Gombak dipusat bandar Kuala Lumpur. Ianya adalah merupakan sebahagian dari program mencantikkan keseluruhan Kuala Lumpur. Perkembangan yang pesat berlaku dibandaraya Kuala L...
Հիմնական հեղինակ: | |
---|---|
Ձևաչափ: | |
Խորագրեր: |
Ամփոփում: | Kajian ini merupakan kajian terhadap kemungkinan penyediaan satu kawasan rekreasi linear dijajaran Sungai Kelang dan Sungai Gombak dipusat bandar Kuala Lumpur. Ianya adalah merupakan sebahagian dari program mencantikkan keseluruhan Kuala Lumpur. Perkembangan yang pesat berlaku dibandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan kedua-dua Sungai Kelang dan Sungai Gombak tercemar dan tidak terkawal keadaannya sungguhpun kedua-dua sungai ini merupakan satu dari elemen terpenting yang membentuk imej di Kuala Lumpur. Kepesatan pembangunan di Kuala Lumpur ini juga menyebabkan ketidakcukupan ruang yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan rekreasi. Dari kajian teori yang telah dibuat menunjukkan yang kawasan-kawasan dijajaran sungai dipusat bandar dapat dijadikan sebagai kawasan rekreasi. Kawasan ini merupakan sumber ruang tanah yang paling murah dan akan dapat meninggikan imej sesuatu bandar itu. Peningkatan dalam jumlah penduduk di Kuala Lumpur pula menyebabkan tidak cukupnya kemudahan-kemudahan rekreasi khasnya dipusat bandar. Kawasan rekreasi linear yang dikemukakan akan dapat menyediakan satu jaluran kawasan rekreasi dan sistem jalan kaki yang dekat, khasnya untuk penduduk dipusat bandar Kuala Lumpur. Penduduk juga dapat bergerak dengan lebih cepat dan selamat dari satu tempat ketempat yang lain melalui aliran rekreasi linear ini dengan mengelakkan kawasan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan-kenderaan. Kawasan disepanjang Sungai Kelang dan Sungai Gombak ini sememangnya berpotensi untuk dibangunkan sebagai satu kawasan rekreasi. Ini ialah kerana adanya kegiatan-kegiatan dan kawasan yang menarik disepanjang sungai-sungai ini, disamping adanya elemen-elemen yang didapati akan lebih berfungsi sekiranya dikaitkan dengan satu laluan jalan kaki. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri berhasrat dan sedang menjalankan langkah yang komprehensif kearah memperbaiki keadaan Sungai Kelang dan Sungai Gombak ini khasnya dari segi fungsi dan aestatiknya. Program pembaikan ini juga melibatkan aspek pentadbiran khasnya pihak pentadbir yang akan bertanggungjawab sebagai badan perlaksanaan. Ianya merangkumi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis-majlis Daerah serta badan-badan lain diluar Wilayah Persekutuan. Pihak ini akan menjadi badan yang berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang untuk mengawal perkembangan sungai-sungai ini. |
---|