Kajian pelaburan dan pengurusannya ke atas harta-harta Tabung Haji/

Dalam Usaha-usaha makhluk Allah SWT di maya pada ini atas penggunaan harta yang sememangnya bukan miliknya yang mutlak tetapi hak mutlak Allah, maka sudah pasti penggunaan harta-harta tersebut dengan sepenuhnya oleh hamba-hambaNya mempunyai tujuan untuk kepentingan diri dan umatnya serta memakmurkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 251974 Zaharah Mohd. Yunus
Format:
Subjects:
Description
Summary:Dalam Usaha-usaha makhluk Allah SWT di maya pada ini atas penggunaan harta yang sememangnya bukan miliknya yang mutlak tetapi hak mutlak Allah, maka sudah pasti penggunaan harta-harta tersebut dengan sepenuhnya oleh hamba-hambaNya mempunyai tujuan untuk kepentingan diri dan umatnya serta memakmurkan alam semester ini. Penggunaan harta yang dimiliki oleh individu-individu atau sesuatu badan atas izin Allah SWT bukanlah untuk digunakan sebagai kepentingan diri sendiri dengan melakukan perlakuan-perlakuan monopoli, penyalah gunaan harta dan penipuan dalam ekonomi, ini dilarang sama sekali oleh ugama Islam. Usaha-usaha dalam pembangunan harta-harta yang dimiliki dengan melibatkan riba' adalah satu usaha yang zalim dari segi fitrah manusia itu sendiri. Dengan itu penubuhan T.H. dalam usaha-usaha dan tanggongjawabnya yang berat memainkan peranannya yang suci dan memberikan kebaikan kepada umat Islam khasnya. Pengumpulan harta-harta dengan cara pembekuan sahaja tidak mendatangkan manafaat dan merasai nikmat Allah yang seharusnya dirasai oleh umat Islam. Untuk merasai nikmat Allah atas kekayaanNya itu dengan adil dan saksama perlulah satu usaha-usaha yang membina dan pengurusan keatas harta-harta kekayaanNya wajib diberikan bagi menjaga hak-hak manusia keatas kurniaan dan nikmatNya. Dengan itu sebagai langkah permulaan T.H. dalam memajukan harta-harta yang dimiliki olehnya adalah dalam bidang pelaburan dan pembangunan harta serta seterusnya dalam berbagai projek ekonomi yang lain. Usaha-usaha murni T.H. perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak berkuasa, dan penglibatan umat Islam juga penting bagi menjayakan aktiviti-aktiviti mereka. Dengan itu setiap manusia yang mengistiharkan dirinya sebagai orang Islam mempunyai tanggongjawab mereka keatas daya usaha T.H. ini.