Kajian keatas perkembangan perusahaan kecil ( 'cottage industry' ) dengan menitikberatkan pada aspek ekonomi dan pengurusan. Kes Kajian : Negeri Kelantan/

Perbincangan-perbincangan mengenai kemajuan dan kemunduran perusahaan orang Melayu di luar bandar terutamanya, dan halangan-halangan kepada perusahaan kecil sering diperkatakan umum. Kajian keatas perusahaan kecil ('cottage industry') ini adalah bertujuan untuk membentangkan sejauh manakah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 252011 Khuzaimah Abdullah
Format:
Subjects:
Description
Summary:Perbincangan-perbincangan mengenai kemajuan dan kemunduran perusahaan orang Melayu di luar bandar terutamanya, dan halangan-halangan kepada perusahaan kecil sering diperkatakan umum. Kajian keatas perusahaan kecil ('cottage industry') ini adalah bertujuan untuk membentangkan sejauh manakah penglibatan perusahaan-perusahaan sedemikian dan perkembangannya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi di dalam usaha untuk mencapai matlamat dan dasar pembangunan.Perusahaan seperti ini adalah merupakan satu perusahaan yang turun temurun dan pada kebanyakannya, ia lebih merupakan perusahaan keluarga yang menggunakan tenaga pekerja secara intensif. Salah satu matlamat penubuhan perusahaan ini ialah untuk memberikan latihan kepada mereka yang berbakat dalam seni kraftangan supaya lebih mahir dan bermutu tinggi. Sekiranya perusahaan seperti ini tidak diper-kenal dan diperluaskan kemungkinan kesenian warisan ini akan luput.Kajian ini dimulakan dengan memberi pengenalan kepada bidang kajian. Ini diikuti pula dengan sejarah dan latar belakang perusaha-an 'cottage' secara keseluruhannya. Usaha-usaha dan peranan pelbagai pertubuhan dan badan-badan kerajaan untuk meninqgi dan memperbaiki taraf perusahaan-perusahaan ini juga diperkatakan. Seterusnya, kegiatan masa lalu, pencapaian masa kini dan rancangan masa depan dibentangkan. Kajian ini diakhiri dengan cadangan-cadangan bagi memajukan perusahaan ini supaya dapat membantu dalam pembangunan negeri Kelantan terutamanya.