Pasar minggu Kampong Bahru : cadangan pembaikan tapak/
Cadangan pembaikan tapak sebuah kawasan perniagaan di Kampong Bahru dirumuskan melalui aspek-aspek kajian fizikal dan sosial. Hasil dari kajian fizikal menunjukkan bahawa (1) 'Access' ke kawasan yang kurang baik; (2) Tata-atur fungsi elemen-elemen bangunan didalam kawasan tidak dapat bant...
প্রধান লেখক: | |
---|---|
বিন্যাস: | |
বিষয়গুলি: |
সংক্ষিপ্ত: | Cadangan pembaikan tapak sebuah kawasan perniagaan di Kampong Bahru dirumuskan melalui aspek-aspek kajian fizikal dan sosial. Hasil dari kajian fizikal menunjukkan bahawa (1) 'Access' ke kawasan yang kurang baik; (2) Tata-atur fungsi elemen-elemen bangunan didalam kawasan tidak dapat bantu membantu antara satu sama lain; (3) Tidak terdapat kemudahan sosial untuk masyarakat setempat. Hasil penganalisaan kajian peniaga menunjukkan bahawa (1) Masalah mereka ialah kemerosotan perniagaan disebabkan oleh kekurangan pengunjung yang diakibatkan oleh faktor-faktor 'accessibility' dan orientasi gerai; (2) Pentadbiran keatas aktiviti-aktiviti didalam kawasan tidak licin dan mengakibatkan kekurangan tarikan pengunjung ke kawasan ini. Daripada penganalisaan kajian pengunjung didapati (1) 88.5 peratus daripada pengunjung datang dari kawasan dalam lingkungan empat batu dari kawasan kajian; (2) 93.5 peratus adalah pengunjung yang datang dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana; (3) Masalah 'acccessibility' dan tempat letak kereta; (4) Tiada aktiviti yang boleh menarik kedatangan pengunjung yang lebih ramai; (5) Layanan perniagaan yang tidak memuaskan dari pihak peniaga; (6) Terdapat suasana yang gelap dan tidak teratur. Sebagai cadangan, konsep 'central attraction' digunakan untuk memperbaiki keadaan tapak. Berpandukan konsep ini sebuah tata-atur disediakan dengan susunan gerai yang boleh menarik pengunjung ke tengah kawasan. Kemudahan sosial diberikan untuk masyarakat setempat. |
---|