Peruntukan kawasan penjaja di Komplek pekerjaan, kajian kes : kawasan penjaja di Jalan Young/

Masalah penjaja adalah satu dari banyak masalah yang di hadapi oleh kebanyakkan bandar di Asia Tenggara. Sehingga kini, pihak pentadbir perbandaran telah membuat bermacam cadangan untuk mendapatkan cara yang berkesan untuk memerangi masalah ini. Perancangan fizikal telah terbukti berhasil didalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 252274 Hanimah Hamidon
Format:
Subjects:
Description
Summary:Masalah penjaja adalah satu dari banyak masalah yang di hadapi oleh kebanyakkan bandar di Asia Tenggara. Sehingga kini, pihak pentadbir perbandaran telah membuat bermacam cadangan untuk mendapatkan cara yang berkesan untuk memerangi masalah ini. Perancangan fizikal telah terbukti berhasil didalam banyak kes dalam menyelesaikan masalah perbandaran - sosial, sosio-ekonomik, ekonomik dan fizikal. Untuk itu, perancangan fizikal boleh digunakan sebagai alat bagi menstabilkan keadaan alam sekitar perbandaran. Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari masalah ini. Jumlah penjajanya dalam tahun 1975 ialah 10,060 orang. Nisbah penjaja tiap-tiap 100 orang ialah 1:89. Ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu bandaraya yang mempunyai nisbah penjaja paling tinggi dibandingkan dengan lain-lain kota di Asia Tenggara. Pada akhir tahun 1979. bilangan penjaja bertambah kepada 14,352 orang dan bilangan ini tetap bertambah. Pertambahan begini mengancam pembangunan bandaraya terutamanya dalam persaingan mendapatkan tempat dalam kawasan di bandaraya. Walau bagaimanapun jika dirancang, unit penjaja boleh ditempatkan di mana-mana tanpa menghadapi persaingan untuk mendapatkan tanah. Unit penjaja adalah 'flexible' dalam mana ia boleh ditempatkan di ruang yang mengufuk atau menegak. Peruntukan kawasan penjaja di dalam kawasan perbandaran memerlukan piawaian perancangan. Kegagalan mendapatkan piawaian perancangan, pihak berkuasa bandaraya tidak dapat mengintegrasikan sektor informil ini dalam kawasan perbandaran. Memperuntukan kawasan penjaja di komplek perniagaan telah dikuatkuasakan sebagai salah satu syarat pembangunan. Walau bagaimanapun peruntukan ruang yang cukup adalah perlu untuk mengelakkan dari pembinaan kawasan perdagangan yang tidak ekonomik. Peruntukan keluasan yang tidak seimbang akan menjejaskan pemaju dan penjaja sendiri. Oleh itu perancangan yang teliti dengan piawaian perancangan yang tepat adalah penting supaya kedua-dua pihak menikmati faedah ekonomi yang maksima. Keperluan ini juga dirasakan oleh penjaja makanan dikomplek pekerjaan, juga lain-lain penjaja di lain-lain tempat. Usaha mencari satu piawaian perancangan bagi peruntukan kawasan penjaja di komplek pekerjaan ini akan membuka jalan kepada penyelesaian masalah ini.