Rancangan pembaikan Kampung Kedai Buluh, Kuala Trengganu/

Pembangunan kawasan-kawasan dipinggir bandar hendaklah sejajar dengan proses urbanisasi di bandar untuk mengujudkan satu perkembangan yang menyeluruh. Kampung Kedai Buluh adalah merupakan sebuah kampung yang terletak dipinggir bandar Kuala Trengganu. Perletakannya yang berhampiran dengan kampung-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 175679 Noor Hada Mohd Dahalan
Format:
Subjects:
Description
Summary:Pembangunan kawasan-kawasan dipinggir bandar hendaklah sejajar dengan proses urbanisasi di bandar untuk mengujudkan satu perkembangan yang menyeluruh. Kampung Kedai Buluh adalah merupakan sebuah kampung yang terletak dipinggir bandar Kuala Trengganu. Perletakannya yang berhampiran dengan kampung-kampung lain yang mempunyai keadaan fizikal yang memuaskan telah menyebabkan ianya sesuai untuk dibangunkan. Kawasan kajian meliputi sebuah perkhidmatan tempatan dan kawasan perumahan. Masalah utama yang dihadapi dikawasan kajian adalah dari segi fizikal. Hasil daripada kajian didapati bahawa diantara masalah-masalah utama yang dihadapi ialah keadaan rumah-rumah yang tidak teratur serta tidak mempunyai asess yang sempurna di kawasan perumahan. Masalah-masalah yang dihadapi dipusat perkhidmatan pula ialah keadaan bangunan-bangunan kedai dan rumah kedai yang tidak teratur serta sesak, tiada ruang tempat letak kenderaan yang disediakan, suasana pusat tersebut yang kotor, sistem saliran yang kurang memuaskan dan ruang perniagaan yang tidak mencukupi didalam pasar. Memandangkan kepada masalah-masalah tersebut maka adalah wajar kawasan kajian dibangunkan. Pembangunan yang dicadangkan ialah melalui program pembaikan dikawasan perumahan dan pembangunan semula dipusat perkhidmatan. Diantara perkara-perkara yang dicadangkan didalam usaha pembangunan tersebut ialah untuk melengkapkan kemudahan awam dan sosial yang diperlukan, menyediakan asess di kawasan perumahan, memperbesarkan ruang lantai pasar, pembinaan semula rumah kedai yang lebih sempurna dan teratur dan menyediakan tempat letak kereta di pusat perkhidmatan terutamanya dari segi pengawalan kebersihan adalah perlu. Perlaksanaan rancangan pembaikan dikawasan kajian akan mengujudkan keadaan fizikal yang lebih baik serta keseimbangan diantara kawasan-kawasan yang berhampiran. Pihak Kerajaan Negeri adalah dicadangkan didalam melaksanakan projek tersebut.