Περίληψη: | 'Sub'Centre' Cabang Tiga yang berfungsi memberikan kepada penduduk disekitarnya sebahagian daripada perkhidmatan bandar, terutamanya dalam menyediakan barang-barang dan perkhidmatan dari taraf rendah sekarang sedang menghadapi masalah disegi fizikal (semulajadi dan buatan manusia) di dalam pembangunan; kekurangan ruang dan kemudahan awam akibat tiadanya ketelitian di dalam perancangan dan perseimbangan gunatanah; kesesakan lalulintas berlaku disebabkan kurangnya jalanraya dan jalanraya yang sempit, yang mana tidak mampu lagi menerima pertambahan kenderaan; dan kesesakan juga berlaku disebabkan tatatur gunatanah; keusangan bangunan dan buruknya jalanraya, serta jambatan akibat dari bahan yang kurang baik dan kurangnya pemeliharaan. Keadaan ini seharusnya diperbaiki. Antara strategi yang dicadangkan ialah; menyusun semula gunatanah untuk menjimatkan ruang dan mengurangkan kesesakan, du mana konsep pengelompokan elemen-elemen yang sama kumpulan dilakukan; membesarkan jalanraya yang sempit dan membaiki sistem lalulintas untuk menampung pertambahan kenderaan; menambah elemen-elemen baru yang diperlukan seperti klinik dan pejabat pos, selain daripada membaiki elemen-elemen yang telah sedia ada disegi kualiti dan kuantiti.
|