Penilaian kemungkinan bandar Mersing sebagai pusat utama pelancung Wilayah Selatan Pantai Timur/

Sektor pelancungan boleh dianggap sebagai salah satu sektor yang berkembang dengan pesat di Malaysia terutama semenjak awal tahun 70an. Bagaimanapun perkembangan tersebut berlaku tanpa perancangan dan kawalan yang effektif, sebaliknya dijalankan secara 'piecemeal' yang menimbulkan berbaga...

Ամբողջական նկարագրություն

Մատենագիտական մանրամասներ
Հիմնական հեղինակ: 252949 Mohamed Khairi Shafiei
Ձևաչափ:
Խորագրեր:
Նկարագրություն
Ամփոփում:Sektor pelancungan boleh dianggap sebagai salah satu sektor yang berkembang dengan pesat di Malaysia terutama semenjak awal tahun 70an. Bagaimanapun perkembangan tersebut berlaku tanpa perancangan dan kawalan yang effektif, sebaliknya dijalankan secara 'piecemeal' yang menimbulkan berbagai masalah. Perancangan secara komprehensif hanya mula dilaksanakan dengan siapnya 'Pelan Pembangunan Pelancungan' (1975) dimana pendekatan pembangunan wilayah telah diperkenalkan. Tiap-tiap wilayah perlu mempunyai pusat pelancungan tertentu sebagai 'tourism growth centre'. Bagaimanapun dalam memilih pusat wilayah ini, Perbadanan Kemajuan Pelancungan tidak mempunyai asas tertentu dan lazimnya dipengaruhi oleh faktor luaran seperti politik dan pihak-pihak tertentu. Implikasi yang dipilih pada hakikatnya kurang berpotensi dan boleh dipertikaikan dari perspektif perancangan sumber secara 'efficient'. Berhubungan dengan persoalan diatas, latihan ilmiah ini bertujuan untuk menilai kemungkinan Bandar Mersing sebagai pusat utama pelancungan bagi Wilayah Selatan Pantai Timur. Berdasarkan rumusan penilaian sama ada Bandar Mersing boleh diterima atau tidak sebagai pusat pelancungan wilayah, cadangan-cadangan yang bersesuaian untuk pembangunan pelancungan dibandar ini akan disyorkan.