Summary: | Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mengakibatkan 258 keluarga kehilangan rumah. 51 keluarga lagi menghadapi masalah yang sama akibat daripada pembinaan jalan-jalan disekitar Segambut. Kajian "Stratified random sampling" dijalankan bagi mendedahkan masalah mereka yang sebenarnya. Hasil nya menunjukkan sebilangan besar daripada mereka menghadapi masalah ketidak selesaan dalam rumah disebabkan oleh kesempitan ruang dan pembinaannya yang tidak sempurna. Pendapatan yang rendah merupakan punca utama ujudnya keadaan ini. Kerana pendapatan yang rendah merupakan punca utama ujudnya keadaan ini. Kerana pendapatan yang rendah juga, hanya 13.27 peratus daripada mereka mempunyai kereta sendiri. Akibat-nya mereka bergantung kepada bas untuk pergi ke tempat kerja. Enam tapak telah dikaji berdasarkan aspek-aspek keluasan dan jarak dengan tempat kerja. Daripada jumlah tersebut, hanya dua sahaja yang dikaji seterusnya menggunakan teknik pemberian markah untuk aspek-aspek keluasan; topografi; "accessibility'; gunatanah; guntanah dan kesibukan sekitar; dan nilai tanah. Tapak di Segambut Tengah yang seluas 49,567 ekar telah dipilih. Cadangan-cadangan mengandungi 196 rumah berharga $9000 dan 113 rumah berharga $12000. Konsep yang digunakan ialah tumpuan ke dua pusat kecil secara berjalan kaki dan berkenderaan bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan harian dimana disediakan kedai, surau dan dewan orang ramai. Selain daripada itu disediakan juga kawasan-kawasan lapang dan tadika, perhubungan untuk kegunaan kenderaan dan pejalan-pejalan kaki serta tiga punca access.
|