Penghasilan minyak kacang tanah menggunakan pelarut heksana /

Dalam projek penyelidikan ini, penyari Soxhlet dan loji pandu yang diubahsuai daripada reaktor dan penyembur telah dipilih untuk menguras minyak kacang tanah bagi skala meja dan skala loji pandu dengan menggunakan pelarut n-heksana. Faktor nisbah pelarut kepada sampel mengikut berat dan faktor masa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 346994 Lee, Chee Kwong
Format:
Published: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Subjects:
Description
Summary:Dalam projek penyelidikan ini, penyari Soxhlet dan loji pandu yang diubahsuai daripada reaktor dan penyembur telah dipilih untuk menguras minyak kacang tanah bagi skala meja dan skala loji pandu dengan menggunakan pelarut n-heksana. Faktor nisbah pelarut kepada sampel mengikut berat dan faktor masa telah dikaji. Untuk skala meja, nisbah optimum ialah 8.36 dan masa sentuhan optimum ialah 4 jam. Manakala untuk skala loji pandu nisbah optimum meningkat kepada 9.19 dan masa sentuhan optimum 5 jam diperlukan. Sebanyak 99.85% minyak terkuras bagi skala meja tetapi hanya 88.82% terkuras bagi skala loji pandu. Ini bererti penambahan nisbah 9.93% dan penambahan masa 25% diperlukan bagi loji pandu untuk mencapai kaedaan optimum. Penyari Soxhlet memberi hasil minyak sebanyak 11.03% lebih tinggi. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh keadaan operasi, rekabentuk dan ketulenan pelarut yang digunakan. Analisa juga mendapati kandungan heksana dalam minyak masih tinggi dan belum memenuhi tahap keselamatan untuk digunakan dengan keputusan 100 - 900ppm. Sebaliknya kandungan FFA (asid oleik) dalam minyak adalah memenuhi kualiti yang diterima mengikut piawaian British iaitu di antara nilai 0.92 - 3.54%.