Keperluan kemudahan awam di kawasan perumahan Kampong Pandan Tengah /
Perumahan setinggan adalah satu petempatan yang serba kekurangan samada dari segi alam sekitar, keadaan rumah dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kampung Pandan Tengah sebagai salah sebuah petempatan setinggan dikaji dari segi penyediaan kemudahan awam didapati bahawa, i) kemudahan awam yang di...
Հիմնական հեղինակ: | |
---|---|
Ձևաչափ: | |
Խորագրեր: |
Ամփոփում: | Perumahan setinggan adalah satu petempatan yang serba kekurangan samada dari segi alam sekitar, keadaan rumah dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kampung Pandan Tengah sebagai salah sebuah petempatan setinggan dikaji dari segi penyediaan kemudahan awam didapati bahawa, i) kemudahan awam yang disediakan tidak mencukupi ii) Penduduk Kampung Pandan Tengah terpaksa menggunakan kemudahan awam yang terdapat disekitarnya walaupun kemudahan awam tersebut telah menampung jumlah penduduk yang berlebihan. iii) Keadaan kemudahan awam di Kampung Pandan Tengah tidak mengikut piawaian dan berkeadaan buruk dimana ia disediakan sebagai syarat bahawa kemudahan itu ada disebabkan permintaan penduduk. iv) Penyediaan kemudahan yang tidak dirancang terlebih dahulu menyebabkan perletakan yang berselerak. Oleh yang demikian penentuan penyediaan kemudahan awam adalah berdasarkan kepada kekurangan kemudahan awam bukan saja di Kampung Pandan Tengah tetapi juga dikawasan sekitarnya selain daripada berdasarkan kepada penduduk unjuran. Penyediaan kemudahan awam bukan saja khusus kepada Kampung Pandan Tengah tetapai juga kepada kawasan sekitar yang juga mengalami masalah kekurangan kemudahan awam. Dengan penyediaan kemudahan awam ini diharapkan dapat mengatasi masalah kekurangan kemudahan awam apabila rancangan ini dilaksanakan nanti. |
---|