Bas mini di Kuala Lumpur : cadangan pembaikan perkhidmatan/

Kajian ini meninjau sistem dan kelemahan-kelemahan perkhidmatan bas mini, dari aspek frekuensi bas mini, pengelolaan bas mini, perilaku pemandu, ciri-ciri pengguna serta pengusaha. Hasil kajian menunjukkan (i) permintaan kepada perkhidmatan bas mini adalah tinggi dan melebihi kemampuan nya diwaktu s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 433558 Zainab Embong
Format:
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini meninjau sistem dan kelemahan-kelemahan perkhidmatan bas mini, dari aspek frekuensi bas mini, pengelolaan bas mini, perilaku pemandu, ciri-ciri pengguna serta pengusaha. Hasil kajian menunjukkan (i) permintaan kepada perkhidmatan bas mini adalah tinggi dan melebihi kemampuan nya diwaktu sibuk, iaitu antara 7 hingga 9 pagi dan 4 hingga 6 petang, terutama golongan dewasa yang bekerja berpendapatan rendah serta tidak berkenderaan. (ii) Frekuensi bas mini didapati tidak tetap dan berubah antara 12 minit hingga 29 minit per bas. Pada keseluruhannya frekuensi bas mini pendek di sebelah pagi berbanding dengan disebelah petang. Frekuensi bas mini bergantung kepada masa perjalanan, masa 'kelambatan' dan masa bergerak. (iii) Masa 'kelambatan' bas mini tertakluk pada halangan-halangan kenderaan, lampu isyarat, kesesakan jalanraya, tumpuan penumpang yang turun dan naik serta masa 'terbuang'. (iv) Penumpang lebih selesa menaiki jenis bas mini yang mempunyai bumbung yang tinggi dan susunan tempat duduk berbentuk 'melintang'. Cadangan pembaikan perkhidmatan bas mini mengemukakan ketetapan frekuensi bas mini mengikut masa kesibukan dan pertambahan bilangan penumpang diwaktu yang sama tanpa menjejaskan keselesaan penggunan, melalui penggunaan bas mini jenis Rossa, Mercedez-Benz dan Leyland. Pembentukan tambang bas (bagi jarak lebih enam batu) serta langkah-langkah pengelolaan perkhidmatan bas juga dicadangkan.