Pembangunan semula bandar dan kesan terhadap hartanah perniagaan : kes kajian kawasan perniagaan Jalan Silang, Kuala Lumpur/

Kebanyakan bandar-bandar yang telah lama ujud, tidak terdapat sebarang perancangan pada peringkat awal pertumbuhannya. Bandar-bandar ini biasanya bermula daripada sebuah pusat perniagaan, yang mana lama kelamaan kawasannya membesar dan berkembang menjadi bandar. Oleh kerana ini, kita sering mendap...

תיאור מלא

מידע ביבליוגרפי
מחבר ראשי: 437568 Salmiah Jaafar
פורמט:
נושאים:
תיאור
סיכום:Kebanyakan bandar-bandar yang telah lama ujud, tidak terdapat sebarang perancangan pada peringkat awal pertumbuhannya. Bandar-bandar ini biasanya bermula daripada sebuah pusat perniagaan, yang mana lama kelamaan kawasannya membesar dan berkembang menjadi bandar. Oleh kerana ini, kita sering mendapati bahawa semakin tua usia sesebuah bandar itu, banyaklah terdapat kawasan-kawasan yang mengalami keusangan terutamanya dikawasan dimana bandar itu bermula iaitu pusat perdagangannya. Keusangan yang dimaksudkan ialah dari segi fizikalnya iaitu bentuk-bentuk bangunan yang ada dan juga dari segi jalinan ruang yang tidak lagi sesuai dengan pembangunan semasa. Akibatnya kawasan ini mempunyai potensi untuk dibangunkan semula. Pembangunan semula ini termasuklah merobohkan bangunan-bangunan yang ada dan membina semula bangunan-bangunan diatas tapak yang sama. Hasil daripada pembangunan semula ini akan mewujudkan suatu keadaan yang baru dikawasan tersebut. Biasanya pembangunan semula akan mengubah ciri-ciri lama disesebuah kawasan itu. Disamping itu ia juga akan memberikan kesan terhadap hartanah, terutamanya dari segi menaikkan nilai hartanah dikawasan tersebut. Perlaksanaan pembangunan semula ini adalah memerlukan kerjasama diantara pihak berkuasa dan pihak persendirian yang terlibt dan juga perlu dijalankan secara menyeluruh untuk mendapatkan kejayaan sepenuhnya.