Pemindahan stesyen bas Seremban/

Stesyen bas Seremban menghadapi masalah kesempitan ruang bagi menampung bilangan syarikat bas yang semakin bertambah. Pertambahan syarikat bas ini seterusnya menyebabkan pertambahan bilangan bas yang boleh mengakibatkan kesesakan jalanraya. Satu analisa tapak yang berdasarkan kepada keadaan fizika...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 449672 Haliza Abdul Malek
Format:
Subjects:
Description
Summary:Stesyen bas Seremban menghadapi masalah kesempitan ruang bagi menampung bilangan syarikat bas yang semakin bertambah. Pertambahan syarikat bas ini seterusnya menyebabkan pertambahan bilangan bas yang boleh mengakibatkan kesesakan jalanraya. Satu analisa tapak yang berdasarkan kepada keadaan fizikal tapak, sistem lalulintas dan pengguna telah dijalankan. Hasil daripada penganalisaan ini menunjukkan bahawa stesyen bas sekarang perlu dipindahkan ke suatu tapak yang baik di sekitar bandar Seremban. Keputusan ini tidak bertentangan dengan Polisi Kerajaan yang juga menyatakan stesyen bas sekarang perlu dipindahkan ke tanah kerajaan. Empat alternatif tapak dalam lingkungan satu batu di sekitar Seremban (one mile radius) telah dicadangkan. Tapak baru yang paling sesuai telah dipilih di antara keempat-empat tapak ini dengan menggunakan teknik 'Potential Surface'. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tapak A adalah yang paling sesuai setelah perbandingan berdasarkan kriteria dibuat. Konsep perancangan dibuat supaya stesyen bas dapat memberi perkhidmatan yang berkesan tanpa menyebabkan kesesakan lalulintas. Pelan struktur dibuat untuk menunjukkan pembahagian kawasan atau kegunaan bangunan stesyen. Pelan dibuat untuk menyediakan elemen stesyen dan juga aliran bas, teksi dan lain-lain kenderaan.