Perkembangan jalan-jalan perhubungan dan kaitannya terhadap perkembangan bandar-bandar daerah Kuala Selangor/

Pada peringkat awal pertumbuhan bandar-bandar peranan jalan-jalan perhubungan adalah penting, kerana adanya sumber-sumber asli. Setelah itu perkembangan bandar-bandar menjadi lebih cepat apabila banyak kawasan sumber asli diterokai dengan pembinaan jalan-jalan perhubungan. Sehingga tahun 1947 bandar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 260642 Zainuddin Ahmad
Format:
Subjects:
Description
Summary:Pada peringkat awal pertumbuhan bandar-bandar peranan jalan-jalan perhubungan adalah penting, kerana adanya sumber-sumber asli. Setelah itu perkembangan bandar-bandar menjadi lebih cepat apabila banyak kawasan sumber asli diterokai dengan pembinaan jalan-jalan perhubungan. Sehingga tahun 1947 bandar Kuala Selangor berada di 'rank' pertama daripada tujuh bandar dalam daerah Selangor, kerana mempunyai kepadatan jalan yang paling tinggi di pendalamannya (iaitu 0.67 bt./bt. persegi). Ini membawa ke tahun 1957 apabila kepadatannya bertambah menjadi 1 bt./bt. persegi. Dalam pada itu bandar-bandar lain juga mengalami kadar perkembangan yang tinggi, kerana semua mukim mengalami kadar perkembangan jalan-jalan yang tinggi. Nilai korelasi menunjukkan positif (0.72), adanya kaitan yang rapat antara dua bentuk perkembangan itu. Seterusnya dalam jangkamasa tiga belas tahun hingga tahun1970 nilai korelasi menjadi lebih besar (0.75) oleh sebab pentingnya perkembangan jalan-jalan perhubungan di kawasan-kawasan sumber asli. Sehingga tahun 1976 didapati bandar Kuala Selangor dan Pasir Penambang merosot oleh terhadnya hubungan dengan kawasan luar. Kajian lalu lintas juga menunjukkan pergerakkan paling besar adalah antara bandar Tanjung Karang (Rank Pertama) dengan Sekinchan (Rank Kedua) dan Batang Berjuntai (Rank Ketiga). Maka dicadangkan supaya sistem jalan perhubungan yang ada sekarang diperbaiki agar pembangunan dapat ditumpukan di semua bandar-bandar.