Summary: | Pasaran hartanah adalah sebuah pasaran yang kompertitif. Masa yang diambil untuk merancang dan membangunkan projek-projek pembangunan adalah satu jangkamasa yang agak panjang. Para Pelabur perlu berhati-hati didalam membuat keputusan-keputusan pelaburannya. Dissertasi ini adalah merupakan satu kajian tentang bentuk-bentuk pelaburan hartanah yang terdapat di kawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur. Didalam dissertasi ini, penulis tidak bercadang untuk membuktikan apa-apa jua hypothesis atau teori. Sebaliknya, dissertasi ini adalah merupakan hasil dari kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan melalui kajian, soslselidik, temubual, pemerhatian serta pengumpulan data-data dari berbagai punca. Bahagian Pertama dissertasi ini adalah memberikan pengertian 'pelaburan'. Aspek-aspek pelaburan hartanah dan kriteria-kriterianya dihuraikan dengan agak detail untuk pemahaman dan gambaran yang lebih jelas lagi. Bahagian kedua dissertasi ini dibahagikan kepada tiga bab yang berasingan. Masing-masing membicarakan tentang bentuk-bentuk pelaburan dan pembangunan hartanah untuk ruang-ruang pejabat, ruang-ruang perdagangan dan perindustrian hotel yang terdapat di kawasan kajian khususnya dan di Kuala Lumpur amnya. kesimpulan hasil kajian di lengkapkan di bahagian akhir bab-bab yang berkenaan. Bahagian akhir dissertasi ini memuatkan gambaran dari hasil-hasil yang boleh dibuat kesimpulan daripadanya.
|